..

Nothing in this is PERFECT

Tuesday, January 8, 2019

2019

Hi to all of you...

Yes... Dah 2019...
Dan aku xsure masih ada lagi ker orang layan blog-blog ni semua...

But its fine...
Aku just guna medium ni untuk meluahkan apa yg aku rasa dan menghabiskan waktu lapang aku...

2019
What i see for this year...

Its a new year of-course...
Everyone have their new plan, new wish and etc.

Like me too.. Tapi xsemua tu wish yg konkrit... Most of them adalah wish tahun2 lepas yg xtercapai tapi aku cuba capai untuk tahun ni...



Kekadang ada orang yg share dengan orang lain mengenai wish dia... 
Tapi bagi aku, wish tu simpan jerlah untuk diri sendiri sebab kekadang wish yg org tahu tu...
Kita akan diperlekehkan then kemudian menyebabkan kita hilang motivasi dan lupakan mengenai wish tu... 
Itu pendapat aku lah...

Kalau kau dapat kawan yg supportive okaylah...
Tapi kalu kau dapat kawan yg always envy dengan kau... jawapan dia mmg xlah wish tu jadi...

So simpan jerlah wish ko tu... hehe...

Itu goal hidup kau dan biar kan kau jer yg tahu...

Btw as opening for 2019, i try untuk jadi lagi rajin untuk menulis kat sini...
Meluahkan rasa.. berkongsi pendapat, pengalaman dan sebagainya.

Before the end of my writing, i wish you all the best for the year of 2019...

Good luck everyone.

XOXO
Shabi
Ig: shabi_sol_grande

Saturday, January 21, 2017

Review: Lagu-Lagu Finalist AJL31

Hi everyone...
Every year saya cuba tidak mengagalkan diri saya untuk memberikan pandangan saya terhadap lagu2 yang berjaya masuk Final AJL ini...
Sebab bagi saya, AJL satu2 yer platform yang berjaya membuat peminat muzik tempatan menanti2kan persembahan yang bakal dilakukan oleh pemuzik tempatan kita.

Tahun ni, saya agak sukar untuk memahami konsep malam Final AJL 31 KERANA promosi ia tidak seperti tahun2 yang lalu... cuma saya tonton video promosi yang finalist membuat pergerakan slow-motion lepas tu ending dengan kipas depan diorg...
Apakah simbolik itu? haha...
Adakah itu melambangkan Panca roba dalam dunia seni?
Hanya pihak produksi jer yang faham... haha...

Okaylah... kita drop bahagian konsep tu... Jom ikuti review saya mengenai lagu-lagu yang berjaya meloloskan diri ke pentas Final AJL31.

Lagu : Lelaki Teragung 
Artis : Dayang Nurfaizah 
Komposer : Natasyah
Penulis Lirik : Iman Imran


Review:
Lagu tema sebuah drama tempatan yang sangat terkenal iaitu 7 Hari Mencintaimu... Sebuah lagu yang berkonsep seorang wanita yang mengagungkan cinta seorang lelaki terhadap dirinya... Lagu ini walaupun melodinya agak perlahan TETAPI emosi yang dibawa dan transisi lagu yer mampu membuatkan pendengar mengikuti sebuah cerita cinta yang dialami oleh pasangan kekasih ini.
Jangkaan:
Dayang never failed to impress her fan. Since the original arrangement is fucking awesome. I hope AJL version will double the awesomeness. Look forward for her performance. (giteeewww speaking lak kita)
Paling tunggu bahagian 'meskipun kesetiaan yang selalu dipersia'. Mesti gempak ah...

Lagu : Terakhir
Artis : Sufian Suhaimi
Komposer : Shirkhan& Rinkarnaen 
Penulis Lirik : Sirkhan

Review
Lagu Slow-ballad by new-comer, Sufian Suhaimi. Sebuah lagu yang membuai dengan arrangement yang mampu membuai perasaan. Lagu yang mengisahkan percintaan terakhir bagi seorang lelaki terhadap seorang wanita. Klise. NAMUN, kekuatan lagu ni adalah pada bait2 liriknya dan patah2 lagu yer yang bukan senang untuk dinyanyikan terutamanya kepada penyanyi baru. Penghayatan yang jitu amat diperlukan untuk menghasilkan sebuah persembahan yang beremosi terhadap lagu ni.
Jangkaan
Saya berhadap dia boleh melakukan persembahan yang terbaik dan kemungkinan konsep biasa yang berdiri diatas pentas, piano mengiringi, asap memenuhi pentas akan menemani persembahan Sufian malam ni. Good luck. Bring me the emotion.

Lagu : Sudah Ku Tahu
Artis : Projector Band
Komposer : Razif
Penulis Lirik : Razif

Review
Never know this song before until my friend karok this song and this song become viral because many smule-rian sang this song because they TRY to reach the high note in this song. Actually, yes.. lagu ni sedap... lagu catchy... lagu susah... and everything. However, itu semua berdasarkan recording. Live performance? Hancur... Menjerit... Perit... Rosak sebuah lagu. Secara general, lagu mengisahkan seorang lelaki yang mengetahui awek dia curang belakang dia dan the end dia REDHA... itu jer... tapi arrangement dan vokal dia buat gempak lagu ni...
Jangkaan
Dia akan menjerit dan berharap speaker tv saya dan telinga saya mampu menambung 'kelantangan' yang bakal dilontarkan oleh vokalis kumpulan ni. My advice adik ada beza jerit and high note... xada cikgu vokal ker? i hope better performance tonight.

Lagu : Selamanya Cinta
Artis : Shila Amzah & Alif Satar
Komposer : Shila Amzah
Penulis Lirik : Shila Amzah

Review
At first dengar lagu ni... rasa pelik dengan suara Shila Amzah yang bagi aku terlalu tinggi untuk setengah2 part. Tapi bila dengar the all song, bru faham kenapa dia perlukan Aliff Sattar dalam lagu ni. There complete each other dan produce really great love song. Sebuah lagu yang membuatkan pendengar yang sedang dilamun cinta turun merasakan rasa cinta yang disampaikan oleh mereka. Namun ada satu ketika membuatkan pendengar seakan mendengar tempo-tempo lagu dari filem High School Musical. Namun, kekuatan lagu ni bergantung kepada arrangement dan vokal kedua-dua penyanyi ni. 
Jangkaan
Based on IG ShilaAmzah, the arrangement quite nice but we see what gonna happen tonight. I hope they can blend it well and not try to compete each other. But im sure they can perform really well if Shila didnt perform like she done during Patah Seribu with terrible poem performance. Good luck both of u... #hwaiting

Lagu : Terimaku Seadanya 
Artis : Misha Omar & Hafiz Suip
Komposer : Ajai 
Penulis Lirik : Ajai

Review
Pada peringkat awal lagu ni agak kurang memdapat promosi di semua medium komunikasi terutamanya radio-radio tempatan. Namun, lagu ini juga merupakan OST bagi drama Uda dan Dara. Secara keseluruhan, lagu ini mengisahkan sepasang kekasih yang memendam perasaan masing-masing dan berharap diri mereka diterima seadanya sekiranya nada cinta mereka bersatu. Berdasarkan recording dan semi final AJL, kedua2 mereka berjaya menyampaikan lagu ni dengan penuh emosi terutamanya Misha Omar yang begitu pandai bermain emosi dalam lagu dan kekuatan vokal Hafiz dalam lagu membuatkan kedua-dua mereka umpama permata yang menyinarkan lagu ini.
Jangkaan
Another song that i look forward for their performance. I cant wait kemunculan semula Kak Misha di pentas Final AJL setelah lagu terakhir yang dipertandingkan oleh Misha adalah lagu Pulangkan (kalu xsilap) Plus, dia bersama Hafiz, vokalis lelaki terbaik abad ini menjangkakan sebuah persembahan yang hebat akan diperlihatkan mlm ni. Xsabar

Lagu : Ku Rela Dibenci
Artis : Aiman Tino
Komposer : A.C.K
Penulis Lirik : Riena 

Review
Sebuah lagu yang turun dikenali sewaktu keluar karok dengan kawan2 aku. At first dengar lagu ni, kawan nyanyi mmg nmpk susah giler coz high note dia dipart2 patah perkataan yang sukar. Malah masa tu, saya terfikir siapa Aiman Tino ni? Herman Tino buat kemunculan semula ker? Anak Herman Tino ker? Haha... Tapi sincerely, saya xsuka lagu ni sampai Zarul nyanyi kat GV3 dengan penuh emosi. Nampk x otai masih berbisa? haha... Overall lagu ni sedap cuma xsuka suara kecik Aiman Tino yang boleh dianggap belum pecah seperti Justin Beiber nyanyikan lagu Baby dulu... hehe...
Jangkaan
Expectation xtinggi pada new-comer ni berbanding Sufian Suhaimi kerana banyak kali tgok live dia, FAILED bab emosi. Dia cuma nyanyi tapi dia xfaham apa yang dia nyanyikan sebenarnya. Itu masalah artis-artis baru kita. Emosi leaked. Belajarlah dengan Kak Misha. Eh... haha...

Lagu : Di Amaran Mama
Artis : Hazama 
Komposer : Ajai 
Penulis Lirik : Ad Samad 

Review
Sebuah lagu catchy dari Hazama yang menceritakan tentang seorang lelaki yang pernah diamaran oleh mamanya mengenai kehadiran yang mungkin memberikan warna dalam hidupnya. Mesej lagu yang bagi saya agak baru dalam industri seni berserta dengan penyampaian Hazama yang kekadang bersahaja membuatkan lagu ini menjadi sebuah lagu yang mempersonakan. Dari segi vokal, dia agak mudah berbanding lagu Hazama yang lain NAMUN Hazama memerlukan stamina yang tinggi untuk menyampaikan dengan bertenaga.
Jangkaan
Hazama selalu memberikan kejutan sepnjg persembahannya di AJL terutamanya dengan konsep kain layar sewaktu lagu Malaikat 2 tahun lepas. Namun, adakah Hazama akan membawa konsep magician seperti yang ditonjolkan di dalam video preview AJL31? Kita nantikan mlm ni.

Lagu : Obses
Artis : Akim & The Majistret
Komposer : Hang Nadim
Penulis Lirik : Laq

Review
Akim semakin lost dalam penghasilan muzik dia. Hilang taring yer selepas lagu Potret dan Mewangi. Lagu2 yang dihasilkan seakan dihasilkan dalam keadaan luar sedar. Yes. Lirik yer sangat puitis namun begitu mendalam untuk difahami sekiranya pendengar mencari hiburan ringan sebagai halwa telinga. I hope Akim & The Majistret will take a rest for them to produce a great song in future. Rest bro.
Jangkaan
Peluang untuk mengulang kejayaan yang dilakukan pada tahun lepas agak tipis kerana banyak lagu yang hebat dipertandingkan. Namun, Akim please dont overdo in anything you do. Please be simple Akim that i know during Akademi Fantasi. You not My Chemical Romance or The Beatles, but you are Akim and The Majistret. Good luck.

Lagu : Setia
Artis : Elizabeth Tan & Faizal Tahir /  Awi Rafael 
Komposer : Faizal Tahir/Mike Chan/Ezra Kong
Penulis Lirik : Faizal Tahir/Mike Chan/Ezra Kong

Review
Sebuah lagu yang indah untuk pasangan yang baru berkahwin, baru bercinta, hangat bercinta dan sebagainya. Sebuah lagu yang memperjuangkan mesej setia yang sangat tinggi seperti title lagu yer. Malah, suara Lizzy yang agak seksi memberikan impak kepada lagu. Ada masanya, lagu ini memberikan feel yang sama seperti yang disampaikan oleh Jac dengan Rio Febrian dalam Ceritera Cinta namun mesej lagu dan range vokal yang berlainan.
Jangkaan
Lagu ini mungkin menjadi penantian ramai penonton malam ini. Namun personally, saya hanya mengharapkan Awi dan Lizzy dapat memberikan persembahan yang terbaik sahaja. Tiada expectation diberikan.

Lagu : Kalah Dalam Menang
Artis : Syamsul Yusof & Mawi 
Komposer : Syamsul Yusof
Penulis Lirik : Syamsul Yusof

Review
Sebuah lagu yang bukan di-underestimate oleh setengah-tengah pendengar muzik tempatan. Sebuah lagu yang penuh sarat dengan mesej islamik yang mungkin memberikan rasa sentap kepada setengah-tengah yang mungkin memperakui silapnya sewaktu mendengar lagu. Penyampaian rap Shamsul Yusof yang boleh dikagumkan bersertakan vokal Mawi yang sentiasa memberikan emosi membuatkan lagu ini menjadi sebuah lagu yang hebat. Malah, ia memberikan rasa keinsafan kepada manusia yang sentiasa mencari kemenangan dalam kehidupan hakiki namun realiti mereka kalah di mata Maha Teragung. Wow... (Sentap kejap)
Jangkaan
Berdasarkan kepada persembahan semi Final AJL, i think Shamsul will do something big during the final tonight. Sekiranya mereka berjaya melakukan gimik yang gempak. Kemungkinan mereka akan memberikan impak dalam persembahan mereka dan kemungkinan ia akan memberikan goose-bump pada penonton AJL malam ini. 

Lagu : Hang Pi Mana
Artis : Khalifah
Komposer : Harry Khalifah 
Penulis Lirik : Yabang Khalifah

Review
Siapa tidak kenal kumpulan Khalifah yang sentiasa menghasilkan lagu yang melambangkan sesebuah budaya melalui lirik, muzik dan sebagainya. Namun, lagu Hang Pi Mana ini mempunyai showmanship yer tersendiri walaupun berdasarkan kepada recording. TETAPI, muzik yang digunakan seakan-akan melodi muzik lagu Thai yang pernah didengari dalam sebuah citer Thai tapi xingat nama movie dia. Overall, lagu ni kuat kepada mesej dan budaya yang diketengahkan dalam lagu. 
Jangkaan
Mungkin malam ni pentas akan penuh dengan koir yang akan menyanyikan part Hang Pi Mana Hang Pi Mana tu... haha... Namun, saya merasakan persembahan Khalifah kemungkinan akan memeriahkan persembahan AJL pada malam ini.

Lagu : Anugerah Terindah
Artis : Black
Komposer : Omar K 
Penulis Lirik : Omar K 

Review
Anugerah Terindah merupakan runut muzik kepada drama 'Sayangku Kapten Mukhriz'. Secara personally, lagu ini merupakan lagu ballad yang sama seperti pernah dinyanyikan oleh Black sebelum ini. Lagu seakan tidak memberikan perasaan yang berbeza berbanding lagu yang dipertarung sewaktu AJL 30, Takkan Terpisah. Malah, kekuatan vokal Black memang tidak disangkal lagi. Namun apa yang baru untuk diperdengarkan?
Jangkaan
Another singer yang semakin lama semakin hilang taring yer. Talent yang dikagumi sewaktu Mentor terdahulu seakan semakin pudar sinarnya. Kekecewaan diiringi kekecewaan yang tiada putus menyebabkan persembahan lagu seakan tidak dinanti-nantikan. Tgok jerlah mlm ni.

Secara keseluruhan, lagu AJL 31 adalah lebih menyengat berbanding AJL 30...
Malam ni pasti menjadi yang dinantikan oleh peminat muzik tempatan...
Berikut merupakan 3 lagu pilihan saya...
1. Lelaki Teragung - Dayang Nurfaiza
2. Kalah Dalam Menang - Mawi dan Shamsul Yusof
3. Terimaku Seadanya - Hafiz ft Misha Omar / Selamanya Cinta - Shila Amzah ft Aliff Sattar..

p/s: Kalu sesiapa nak tgok live comment saya... boleh follow wechat-shabiwong


Friday, January 22, 2016

AJL 30 - 3 Dekad Mencipta Fenomena - Review



AJL (Anugerah Juara Lagu) sebuah pertandingan yang mempertandingkan 12 lagu terbaik pengiat industri muzik tempatan dalam merangkul gelaran Anugerah Juara Lagu.

Itu sedikit intro mengenai pertandingan ini... Tapi ia tidak perlu dihurai panjang2 kerana AJL telah menjadi fenomena bgi semua peminat industri Muzik Malaysia.

Seperti tahun2 yang lalu, AJL kembali lagi dengan memperlihatkan kreativiti artis tempatan dalam memberikan persembahan yang terbaik pada malam kemuncak, 24hb December 2016 (esok).

Jom kita usha dan my review mengenai 12 lagu yang berjaya ke peringkat akhir AJL 30.

AKIM and THE MAJISTRET - POTRET
Komposer; Hang Nadim
Penulis Lirik: Kamar Empayar
My review:
Sebuah lagu yang mewujudkan perasaan terhadap sebuah memori cinta luka. Muzik intro yang terlalu berat melayan perasaan membuatkan pendengar akan terbuai2 sehingga mampu memberikan emotional breakdown kepada pendengar yang baru sahaja putus cinta.
Berdasarkan muzik, lagu ni mempunyai kekuatan sekiranya dimainkan bersama susunan muzik live. Cuma its look like this is the first time bgi Akim memasuki Final AJL semenjak berakhirnya Akademi Fantasia. Good luck Akim... Keep produce a good music in future...
Secara keseluruhan, Shabi memberikan 9/10.

BLACK - MANA MUNGKIN
Komposer: Ajai
Penulis Lirik: Ajai

My Review:
Sebuah lagu Ajai yang bergantung kepada kekuatan suara Black yang memang memukau tu... But in my personal opinion, this song is too simple and its about a guy that can't accept the fact that his love already failed. Arrangement music yang kita biasa dengar pada lagu cinta2 yang lain tapi seperti ckp dari awal bahawa klimak lagu ni bergantung pada babak high note di kemuncak lagu ini.
Nothing much to expect... But good luck Black... Do something miracle okay.
Shabi memberikan 7.5/10

BUNKFACE - MALAM INI KITA PUNYA
Komposer: Sam Bunkface Penulis Lirik: Sam Bunkface
My Reviw:
Another lagu ringan yang dipersembahkan oleh Bunkface. Kekuatan lagu ni adalah pada soul lagu yang memberikan kata2 kebebasan pada remaja yang inginkan kebebasan. Namun, secara personal, lagu ni macam lagu tampalan untuk memuatkan pilihan akhir lagu dalam AJL n mungkin sebab dia duta HUAWEI... that y lah dia dapat terpilih... haha... Marketing punya pasal ni kot... Berdasarkan konsep lagu... Tiada perubahan dan masih sama mcm dulu Bunkface ni...
Shabi memberikan 6/10

CALIPH BUSKER - HANYA NAMAMU
Komposer: Edry Abdul Halim
Penulis Lirik: Edry Abdul Halim
                                         
My Review:
Last year, this awesome band telah memberikan satu fenomena kepada AJL 29 apabila mereka berjaya menyanyikan lagu Romancinta dengan begitu berjaya sekali sehingga kini setiap kali ulang kembali nyanyianya masih meremang bulu roma.
Tahun ini, mereka mempertaruhkan lagu mereka sendiri atas ciptaan Edry Abdul Halim.
Sebuah lagu berunsur kerohanian bersama vokal yang hebat dari seorang yang tidak bisa melihat... Sebuah nyanyian dari hati... Lagu ini mempunyai kekuatannya yang tersendiri..
Shabi memberikan 8.5/10

DAYANG NURFAIZAH - TAK PERNAH MENYERAH
Komposer: Akid
Penulis Lirik; Poji Samad
My Review:
Sebuah lagu yang menenangkan jiwa bersama dengan adunan suara Dayang yang memang mempunyai soul dia yang tersendiri memberikan emosi yang asyik dalam lagu ini...
Sebuah nyanyian yang penuh emosi dan pasti Dayang akan membuat sesuatu yang awesome seperti tahun lepas... Kejayaan Di Pintu Syurga tahun lepas still memberikan impak... Kemungkinan vokal terbaik masih milik Dayang tahun ini...
Shabi memberikan 8.7/10

DRAMA BAND - BIARKANLAH
Komposer:Aepul Roza, Ammar Habir, Daus SRK dan Faeez Halim
Penulis Lirik:Aepul Roza, Ammar Habir, Daus SRK dan Faeez Halim
My Review:
Sebuah band baru yang berjaya meloloskan diri ke pentas akhir AJL... Lagu yang tidak boleh dipandang rendah atas kehebatan garapannya. Vokalis yang mempunyai range suara yang dinamik memberikan kekuatan kepada lagu Biarkanlah ini... Malah lagu ni mampu memberikan impak kepada pendengar sehingga mampu bermain difikiran walaupun hanya didengar sekali sahaja... Good luck for the newcomer...
Shabi memberikan 8.8/10

ELIZABETH TAN - KNOCK KNOCK
Komposer - Faizal Tahir dan Mike Tan
Penulis Lirik: Faizal Tahir dan Mike Tan
Sebuah lagu yang catchy tuk memberikan ruang kepada penonton ruang tuk bernafas setelah lelah mendengar lagu2 yang penuh dengan emosi... Mungkin dia akan memeriahkan pentas AJL dengan kecomelan, keriangan dan kelincahan dia menari... Konfirm pentas akan warna warni... lepas tu ada sikit sketsa berlaku... Kita saksikan jerlah nanti...
Shabi memberikan 7.5/10

FAIZAL TAHIR - ASSALAMUALAIKUM
Komposer - Faizal Tahir, Mike Chan, Omar K, Ezra Kong,Audi Mok
Penulis Lirik - Faizal Tahir, Mike Chan, Omar K, Ezra Kong,Audi Mok
My Review:
Seorang lagi Legend AJL kembali... Faizal Tahir yang sentiasa memberikan persembahan terbaik dalam lagu Sampai Syurga, Bencinta dan lain2... Tahun ini kembali dengan lagu yang berkonsep lebih global. Lagu yang sesuai dengan isu semasa kita yang sibuk dengan islamophobia, penindasan terhadap umat Islam memberikan satu kekuatan pada aspek mesej kepada lagu ini tuk merangkul AJL tahun ini. Namun, konsep persembahan mcm FT akan tonjol kan? Pasti menarik...
Shabi memberikan 9.2/10

HAZAMA - SAMPAI MATI
Komposer - Omar K dan Audi Mok
Penulis Lirik - Omar K
My Review:
Another lagu meroyan dari Hazama. Konsep lagu yang sama seperti Ku Relakan Jiwa dan sebagainya. Sekiranya tahun lepas dia mendendangkan lagu Malaikat dengan konsep persembahan kain layar dia dan tinggalkan stage semua... Tahun ini mungkin berbeza kerana lagu yang berkonsepkan balada mungkin memberikan idea yang berlainan kepada Hazama. Mungkin perempuan akan jatuh langit lak? haha...
Shabi memberikan 8.0/10

KAKA AZRAFF FT SLEEQ - BUKAN HAL AKU
Komposer - The Good Fellas
Penulis Lirik - The Good Fellas
Sebuah lagu fresh yang memberikan unsur urban dalam lagu ini... Lagu yang berlainan dengan lagu yang lain dan mungkin lebih swag dari yang lain. Namun, mungkin Kaka perlu kurangkan sikit over-confident dia tu... haha... Dan mungkin persembahan dia mungkin mengunakan konsep visual ala2 Black Eyes Peas mcm tu... Tapi kalu nak lagi awesome dia adun balik lagu ni, kasi up tempo, kasi techno kan lagu ni... konfirm lagi awesome... haha...
Shabi memberikan 8.4/10

NOH HUJAN - ANGIN KENCANG
Komposer - Noh Hujan
Penulis Lirik - Noh Hujan
My Review
Sebuah lagu klasik dari Noh Hujan...Lirik yang sangat poetic... Ketika mendengar lagu yer seakan mengambit memori zaman2 remaja dulu... haha... Sebuah lagu yang mungkin akan menjadi awesome bersama arrangement music live seperti lagu Potret... Sebuah lagu yang juga mungkin ditakuti oleh lgu2 yang lain kerana kekadang judge AJL mmg unpredictable... hahaha...
Shabi memberikan 8.4/10

STACY FT ALTIMET - NOT FOR SALE
Queen of performance... Stacy dah berapa tahun masuk AJL tapi masih xberjaya rangkul apa2... OMG she amazing k... Please give her some appreciation k... She deserve it... OMG... Stacy kembali dengan lagu ala2 Lady Gaga... Aku harap Stacy never down dan always the best for her fan... Stacy i always support you forever... Good luck Stacy...
Shabi memberikan 8.6/10

Secara Keseluruhan
Shabi menjangkakan
No. 1 - Assalamualaikum - Faizal Tahir
No. 2 - Tak Pernah Menyerah - Dayang Nurfaizah
No. 3 - Biarkanlah - Drama Band

Persembahan Terbaik - Not For Sale - Stacy
Vokal Terbaik - Tak Pernah Menyerah - Dayang Nurfaizah

p/s: PLEASE JANGAN KECAM... haha

Friday, November 27, 2015

Adele - 25

Hello...
Its Me...

Itu dia... Bait lirik lagu terbaru Adele atau nama sebenarnya Adele Laurie Blue Adkins.


Adele yang sebelum ini dikenali dengan lagu-lagu popularnya seperti Set Fire To The Rain. Rolling In The Deep, Turning Table dan lain-lain. Kini kembali dengan album ketiganya yang berjudul 25.
Album yang berinspirasikan kehidupan lepas Adele sendiri semasa berumur sekitar 25 tahun memberikan ruang kepada Adele untuk terlibat secara langsung dalam penghasilan albumnya kali ni...

Album yang memuatkan 14 buah lagu ni berbeza dengan albumnya yang sebelum ini. Apabila, pihak produksi menambahkan kepelbagaian rentak dalam album Adele, 25.

Senarai lagu Album: 25
Stardard Edition
No.TitleWriter(s)Producer(s)Length
1."Hello"   Kurstin4:55
2."Send My Love (To Your New Lover)"  
  • Martin
  • Shellback
3:43
3."I Miss You"  
Epworth5:49
4."When We Were Young"   Ariel Rechtshaid4:51
5."Remedy"  
Tedder4:05
6."Water Under the Bridge"  
  • Adkins
  • Kurstin
Kurstin4:00
7."River Lea"  
Danger Mouse3:45
8."Love in the Dark"  
Dixon4:46
9."Million Years Ago"  
  • Adkins
  • Kurstin
Kurstin3:47
10."All I Ask"  
  • Adkins
  • Bruno Mars
  • Philip Lawrence
  • Christopher Brody Brown
The Smeezingtons4:32
11."Sweetest Devotion"  
  • Adkins
  • Epworth
Epworth4:12
  
Bonus Track

Lagu utama album ini, Hello merupakan sebuah lagu yang menyampaikan mesej penyesalan seorang bekas kekasih kepada bekas kekasihnya. Berdasarkan kepada sumber Youtube menyatakan music video Adele - Hello telah ditonton sebanyak 517,714,390 tontonan dalam masa satu bulan. Bukti ini menunjukkan bahawa kemunculan kembali Adele dalam bidang seni amat dinantikan oleh peminatnya.

Selain Hello, secara personalnya, Shabi amat meminati hampir kesemua lagu dalam album namun the most favourite adalah Million Year Ago, When We Were Young, dan All I Ask.

Ketiga-tiga lagu ini memberikan impak dan menghidupkan kembali perasaan terhadap memori silam.

Million Year Ago

When We Were Young

All I Ask

Secara keseluruhan, album memberikan impak yang berlainan terhadap teknik nyanyian Adele yang mempunyai soulnya yang tersendiri... 4.5/5

xoxo
Shabi

I'm Back

Its been a year + after my last post in this blog.
Kepada sesiapa yang tak ingat last post aku...
Kindly layari link dibawah tuk menghayati nukilan cerpen aku, Mawar.
http://shabi9generation.blogspot.my/2014/03/mawar.html

Yes. I know... Nobody care about blogger anymore...
Tapi kenapa aku nak kisah?
Blog adalah tempat kau menyampaikan apa yang kau nak sampaikan...

Coz niat aku menulis kat blogger ni untuk berkongsi apa yang aku rasa aku xleh kongsi kat FB..
Because kat FB... Mana boleh meroyan panjang2... t kena hide or remove lak... haha...

Okay setakat ni jer pengkongsian hari ni...
Tak ada lah lebih sebab nama post pun i'm back...

Just saje nak test market... ada lagi tak orang visit blog aku ni....

Nantikan next post berkaitan artis agam bersuara merdu...
Siapa dia/
Nantikan next post saya k..

xoxo
Shabi

Saturday, March 1, 2014

MAWAR



Aku sekuntum mawar...

Aku sering dipuji oleh hidupan yang lain kerana keharuman diri ku.

Namun, aku tahu...

Tarikan aku terhadap hidupan yang lain bukan kerana kewangian ku tapi ia kerana kemanisan madu yang dimiliki oleh aku...

Terutamanya kepada si kumbang... 

Shit... Aku tidak percaya kepada si kumbang. Bagi aku, si kumbang adalah musuh utama kepada semua spesies aku.

Mereka mula hadir di samping hidup si bunga dengan niat untuk melindung si bunga. Tetapi disebalik niat itu terselit niat jahat mereka untuk menghisap segala madu yang dimiliki oleh spesies aku.

Memang benar bukan semua kumbang seperti itu tetapi kemungkinan untuk bertemu dengan kumbang yang benar-benar melindung si bunga seperti mencari jarum dalam jerami. Sangat rumit kaedahnya.

Namun, kecantikan rupaku yang tidak seperti bunga yang lain menyebabkan aku begitu mudah mengoda si kumbang untuk mendekati diri ku.

Tambahan lagi walaupun aku sekuntum mawar yang dipenuhi oleh duri tetapi si kumbang tidak pernah takut pada diri ku. Malah, mereka semakin berani mendekati diriku dan sering menjadikan aku sebagai sasaran utama mereka. Ini kerana mereka menganggap aku sebagai cabaran utama mereka. Bull shit semua itu.

Mereka fikir aku ni ingin sangat ker nak mendekati diri mereka yang hodoh itu... Euuwww... Mati hidup semula pun, aku tak hadaplah...

Tapi nak buat macam mana kan... Ramai manusia cakap iman manusia tu umpama senipis kulit bawang... Macam tu juga perasaan aku sebagai sekuntum bunga yang juga makhluk Allah S.W.T  ni... Berapa lama lah aku leh tahan daripada didekati oleh kumbang-kumbang ni.

Walaupun diri aku ni cantik... Tapi kekadang aku rasa hidup aku ini sunyi... Hanya menjadi perhiasan kepada manusia dan menjadi dahan tumpangan kepada kumbang gatal yang datang menyinggah dalam hidup ku untuk sesaat... Hidup ku sebagai sekuntum Mawar memang tiada maknanya.

Hakikatnya, aku memang ditakdirkan untuk hidup seorang...  Aku memang ingin dicintai dan mencintai mereka yang ingin mendekatiku tetapi aku takut.

Aku takut sekiranya mereka mencintaiku... Mereka akan terluka. Lumrah hidupku sekuntum bunga yang pada mulanya memang harum dan merah warnanya tetapi musim yang bertukar merupakan kitaran hidupku...

Pada musim bunga, aku dibanggakan oleh manusia dan kumbang kerana diriku yang cantik dan harum. Aku pun bangga dengan keadaan ku pada musim bunga namun musim berganti kepada musim luruh merupakan musim kitaran penghujung hidupku, diriku mula memburuk...

Tiada lagi haruman wangi...

Tiada lagi merah warnanya...

Pada musim luruh, diriku umpama bunga kertas yang tiada haruman...

Kelopak ku kian gugur satu persatu sehingga diriku menjadi botak...

Daun yang menjadi tangan ku selama ni turut gugur menyembah bumi.

Batang ku yang selama ini menjadi tulang belakang ku semakin lama semakin lemah sehingga ku semakin hari semakin menyembah bumi. Pada penghujung musim luruh... Diriku mula menyembah bumi tidak bernyawa... 

Manusia hanya mengutipku lalu dibuang ke dalam tong sampah... Namun itu dikira baik kerana tidak semua mawar beruntung seperti itu... Setelah gugur menyembah bumi, sesetengah dari kami hanya dipijak oleh manusia...

Ini kerana pada musim luruh, kami umpama sampah dimata mereka. Kami tidak lagi dipuja. Kumbang pun tidak ingin mendekati kami. Kami dipandang jijik oleh mereka.

Memang benarlah kata Penciptaku... Bahawa kecantikan fizikal yang dimiliki oleh aku sekarang tidak kekal abadi kerana tiba waktunya kecantikan ku ini akan ditarik semula. Aku memang tidak patut egois akan kecantikan ku itu kerana hidupku hanya sementara dan kini tiba masanya aku kembali kepada penciptaku.
Itu lah kitaran Mawar Berduri yang hanya dipuja pada musim bunga dan disingkirkan pada musim luruh...

Tiada benda yang kekal abadi kecuali iman kepada-Nya.

Wednesday, January 8, 2014

2014

Sedar tidak sedar..
Kini kita telah pun berada dalam tahun 2014...
Sudah 8 hari 2014 telah bermula...

Aku baru sedar yang tahun ni aku xbuat pun entry pasal Tahun Baru macam yang sebelum2 yer ni... hehe...



Semuanya sebab kesibukan...
Aku bukan lagi student yg banyak masa untuk menghadap semua medium sosial....
Aku kini dah bergelar pekerja sepenuh masa yang hidupnya sentiasa memikirkan kerja...
Selepas waktu kerja pun hanya ada waktu untuk rehat sahaja...

Sebenarnya...
Aku rindu zaman belajar aku...
Aku leh buat apa jer yg aku...
Cuma aku xsuka zaman belajar aku adalah... aku xada duit...

Aku serius aku suka shopping, aku suka makan, aku jalan2...
tapi masalahnya kalu xada duit mcm mana aku nak dapat buat semua tu kan... haish...
nak tak nak aku lebih memilih jalan untuk berkerja... berbanding aku bersenang lenang sebagai seorang pelajar...

PERKARA YANG AKU RINDU SEPANJANG 2013...

DIVA-DIVA SEANTERO


Aku rindu diorg semua... Yuss, Qamar, Inas, Solihah, Yanie, Nina, Danial, Ashraf, Wahid, Ijoy, Wan Nash, n Syahmi... Tak lupa juga Ika... tapi masa ni dia xada dalam gmbr coz dia xjoin pun malam dinner kami tu... 

GENG-GENG KOM USM 2010-2013


Kalu dah nama budak kom... kalu x bnyk drama, xbnyk ragam, xmcm2 perangai... bukan budak kom namanya... haha... selama 3 tahun dengan diorg... sumpah mcm2 perkara aku hadap dari gembira sehingga ke yg sedih semua tapi tempuh bersama... 
apa2pun aku rindu pengalamn IMPACT 2013 dengan korg semua... bnyk aku belajr dari situ...
THANKS KORANG...

VIRUS MPDCG 


Bila aku stress diorg paling dekat ngan aku... kitorg huha sama2... kitorg kerja sama2... kitorg gaduh sama2... mcm2 aku buat ngan geng ni... aku rindu dengan projek wakaf CG tu... bila lah leh aku datang tapi insyallah sblum hujung tahun ni aku akan dtg juga USM tuk melawat mereka2 semua ni... hehe...

SUKAD AEROBIK USM...


Sejak tamat belajar dari USM ... aku rasa aku makin jauh dengan dunia aku... dunia yg lincah... dunia yang pantas... dunia yang sihat... aku rindu zaman menungguh tiba musim SUKAD AEROBIK ni....
setiap desa semua nak mempersembahkan yg terbaik... cuma nasib aku tak berapa baik kerana tahun ni aku kalah tapi aku puas coz koreografi aku disukai ramai... AWESOME... hehe

3 SUARA


3 minah ni adalah 3 dara pinggitan yang sangat penyabar melayan perangai aku sepnjg tahun terakhir...
dari kiri Fyza Baizura, Syahirah Victor dan Athirah Amzah... hehe... diorg nmpk alim tapi bila perangai nates diorg kuar... aku pun xcaya itu diorg... hahaha... btw thanks korg bertiga coz sanggup berkawan dgn aku... haha

CONVOCATION... 

 
aku rindu moment ni... walaupun hanya seketika tapi moment ni lah aku akan ingat buat selama2nya... hehehe...
aku sendiri xsangka Allah S.W.T masih memberikan aku rezeki untuk sambung belajar sehingga tahap yang begitu tinggi... ALHAMDULLILAH YA ALLAH... :-)

KELUARGA BARU AKU...


Inilah fasa baru dalam hidup aku... Keluarga baru ku yang begitu ceria dan sentiasa membawa kebahagian kepada aku setiap hari... walaupun tak semua mungkin gemar akan perangai aku tapi ada aku kisah... yg penting aku buat kerja aku... hehe... apa2pun korg semua BEST... 

MOSTLY AKU RASA...
KEBANYAKKAN YG AKU RINDU ADALAH MOMENT BERSAMA INSAN YG BERHARGA DISEKELILING KU...
WALAUPUN GMBR KELUARGA AKU, AKU TAK LETAK TAPI DIORG TETAP BERADA DITANGGA YG ISTIMEWA DI HATI AKU...

Apapun 2014 telah menjelma...
aku harap tahun ni aku dapat yg lebih better dan aku akan sentiasa akan buat yg terbaik dalam hidup aku...
Objektif untuk tahun ni, aku tak fikir lagi... aku cuma nak follow the flow jer...
coz t aku rancang mmg xpernah jadi rasanya...
so aku redha n mengikut jerlah qada dan qadar-Nya jerlah... hehe...

p/s: SHABI FOREVER FIERCE... DONT EVER TOUCH HIM... hehe...