Aku sering dipuji oleh hidupan yang lain kerana keharuman
diri ku.
Namun, aku tahu...
Tarikan aku terhadap hidupan yang lain bukan kerana
kewangian ku tapi ia kerana kemanisan madu yang dimiliki oleh aku...
Terutamanya kepada si kumbang...
Shit... Aku tidak percaya kepada si kumbang. Bagi aku, si
kumbang adalah musuh utama kepada semua spesies aku.
Mereka mula hadir di samping hidup si bunga dengan niat
untuk melindung si bunga. Tetapi disebalik niat itu terselit niat jahat mereka
untuk menghisap segala madu yang dimiliki oleh spesies aku.
Memang benar bukan semua kumbang seperti itu tetapi
kemungkinan untuk bertemu dengan kumbang yang benar-benar melindung si bunga
seperti mencari jarum dalam jerami. Sangat rumit kaedahnya.
Namun, kecantikan rupaku yang tidak seperti bunga yang lain
menyebabkan aku begitu mudah mengoda si kumbang untuk mendekati diri ku.
Tambahan lagi walaupun aku sekuntum mawar yang dipenuhi oleh
duri tetapi si kumbang tidak pernah takut pada diri ku. Malah, mereka semakin berani
mendekati diriku dan sering menjadikan aku sebagai sasaran utama mereka. Ini
kerana mereka menganggap aku sebagai cabaran utama mereka. Bull shit semua itu.
Mereka fikir aku ni ingin sangat ker nak mendekati diri mereka
yang hodoh itu... Euuwww... Mati hidup semula pun, aku tak hadaplah...
Tapi nak buat macam mana kan... Ramai manusia cakap iman
manusia tu umpama senipis kulit bawang... Macam tu juga perasaan aku sebagai
sekuntum bunga yang juga makhluk Allah S.W.T
ni... Berapa lama lah aku leh tahan daripada didekati oleh
kumbang-kumbang ni.
Walaupun diri aku ni cantik... Tapi kekadang aku rasa hidup
aku ini sunyi... Hanya menjadi perhiasan kepada manusia dan menjadi dahan
tumpangan kepada kumbang gatal yang datang menyinggah dalam hidup ku untuk
sesaat... Hidup ku sebagai sekuntum Mawar memang tiada maknanya.
Hakikatnya, aku memang ditakdirkan untuk hidup seorang... Aku memang ingin dicintai dan mencintai mereka
yang ingin mendekatiku tetapi aku takut.
Aku takut sekiranya mereka mencintaiku... Mereka akan
terluka. Lumrah hidupku sekuntum bunga yang pada mulanya memang harum dan merah
warnanya tetapi musim yang bertukar merupakan kitaran hidupku...
Pada musim bunga, aku dibanggakan oleh manusia dan kumbang
kerana diriku yang cantik dan harum. Aku pun bangga dengan keadaan ku pada
musim bunga namun musim berganti kepada musim luruh merupakan musim kitaran
penghujung hidupku, diriku mula memburuk...
Tiada lagi haruman wangi...
Tiada lagi merah warnanya...
Pada musim luruh, diriku umpama bunga kertas yang tiada
haruman...
Kelopak ku kian gugur satu persatu sehingga diriku menjadi
botak...
Daun yang menjadi tangan ku selama ni turut gugur menyembah
bumi.
Batang ku yang selama ini menjadi tulang belakang ku semakin
lama semakin lemah sehingga ku semakin hari semakin menyembah bumi. Pada penghujung musim
luruh... Diriku mula menyembah bumi tidak bernyawa...
Manusia hanya mengutipku
lalu dibuang ke dalam tong sampah... Namun itu dikira baik kerana tidak semua
mawar beruntung seperti itu... Setelah gugur menyembah bumi, sesetengah dari
kami hanya dipijak oleh manusia...
Ini kerana pada musim luruh, kami umpama sampah dimata
mereka. Kami tidak lagi dipuja. Kumbang pun tidak ingin mendekati kami. Kami
dipandang jijik oleh mereka.
Memang benarlah kata Penciptaku... Bahawa kecantikan fizikal
yang dimiliki oleh aku sekarang tidak kekal abadi kerana tiba waktunya
kecantikan ku ini akan ditarik semula. Aku memang tidak patut egois akan
kecantikan ku itu kerana hidupku hanya sementara dan kini tiba masanya aku
kembali kepada penciptaku.
Itu lah kitaran Mawar Berduri yang hanya dipuja pada musim
bunga dan disingkirkan pada musim luruh...
Tiada benda yang kekal abadi kecuali iman kepada-Nya.