..

Nothing in this is PERFECT

Thursday, October 10, 2013

GINGER

Ginger adalah cerpen pertama aku yang aku cuba garap and feeling2 mcm penulisan lejen press lah... hehe
Feeling jer... TAPI Mungkin word dalam cerpen ni sebhgian ia adalah harsh, lucah, xsesuai untuk dibaca secara umum... tapi ada aku kisah... haha... 
korg dah buka, korg punya risiko... aku cuma salurkan minda seni aku...
tak suka?? PLEASE TO MY HAND... haha... 

BTW cerpen ni aku dedicata khas untuk POI N HAFIZ yang sentiasa sokong penulisan giler aku ni...
Jika ramai baca, mungkin ada cerpen lain aku akan upload... hehe... 
Oleh itu, jom layan jom... hehe...


Ginger

Nama aku Ginger. Eh eh ni bukan ginger yang orang Melayu panggil Halia tu. Ni Ginger lain daripada yang lain okay. Halia pun kalah menyembah dengan kepanasan aku ni.

Aku ni seorang insan yang simple jer. Aku suka fashion terutamanya yang pelik-pelik gitu. Fesyen Lady Gaga, Alexander McQueen tak payah cakap... Memang aku agung-agungkan... Haha... Tetapi minat aku yang teratas adalah Lelaki. Yes... LE.LA.KI... Read my lips, LELAKI... Haha...

Kenapa aku suka lelaki? Haha… Sebab kaum lelaki ni hot giler bagi aku. Dia ada macam-macam tarikan pada pandangan mata aku ni. Terutamanya seorang mamat ni kat tempat aku tengah menuntut ilmu ni. Dia ni senior aku. Dia nak kata hensem tak hensem sangatlah. Tapi macam aku kata lelaki ada jer tarikan yang mampu menarik mata aku ni tuk jatuh cinta dengan mereka semua ni. Opss… Jatuh Cinta lah pula… haha… Teruk ni... haha...

Okaylah berbalik kepada senior aku ni. Nama dia Hafiz… Opss.. Terpecah rahsia lak.. Korang yang ponen-ponen kat lur sana tu... Jangan sesekali nak carass okay. He’s mine. Huhu...

Kenapa aku terpikat dengan dia? Sebenarnya, dia ni baik sangat. Dia paling banyak membantu aku semenjak aku masuk tempat neraka ni. Nak harap pensyarah? Sampai mampus aku tak kemana… Diorang tahu apa? Bagi aku journal tebal-tebal dengan mindset fikir aku akan baca semua journal bongok tu. Buang masa okay. Dari menghadap journal tebal tu baik aku menghadap muka buku aku ni dan berchit-chat dengan senior kesayangan aku ni. Owh... My Hafiz... hehe...

Aku lagi terpikat dengan dia sebab dia open minden dan tak pernah mengelak setiap kali aku masuk ruangan chat dia. Malah, dia layan aku baik giler. Kalau yang lain, aku masuk ruangan chat diorang jer. Baru cakap ‘Hi’ tu... TUP... Sekejap jer chat diorang dah offline. B@*lsh*t semua tu. Menyampah pun ada. Ingat aku nak sangat agarnya dengan diorang tu. Please...

Kami selalu juga keluar sama-sama. Pergi jalan-jalan, makan sama-sama. Malah, kami pernah tidur bersama. Tapi sayangnya tak jadi apa-apa sebab masa tu kami berdua kat Kem dan tidur pun dalam khemah 4 orang. Nak jadi celah mananya. Haish..

Tapi nak jadikan cerita sehinggalah pada satu hari tu, dia ajak aku jumpa kat tasik tempat dia selalu jogging tu. Tapi pagi-pagi buta pukul 6 pagi. Giler baq hang. Aku nak bangun subuh pun susah tapi demi senior kesayangan aku ni.. Aku sanggup lah bangun. Huhu… Gedik tak aku? Haha…

Macam yang dijanjikan oleh aku dengan Hafiz,  kami berjumpa kat tasik pagi tu. Pagi tu, aku jumpa Hafiz nampak segak sungguh walaupun dia hanya memakai t-shirt  biasa yang dipadankan dengan ‘sweat pant’. Bagi aku, seksi sungguh. Dahlah awal pagi, korang semua faham jerlah kan. Lelaki waktu macam ni bukan jer diorang yang bangun tapi ‘adik’ pun bangun juga. Terjojol. Besar. Malu aku jadinya. Haha...

Lepas jumpa tu, kami pun berjogginglah kat tasik tu. Seronok wei. Walaupun sejuk nak mampus tapi aku rasa panas jer kerana Hafiz lari rapat sungguh dengan aku sampai aku dapat rasa haba badan dia. OMG... I’m turn on baby... Haha...

Tapi tertiba Hafiz cakap dia nak ambil barang kat kereta dia. Dia suruh aku tunggu tepi tasik tu. Aku yang bodoh ni pun tunggu jerlah dia kat tepi tasik tu tanpa memikirkan perkara buruk. Tunggu punyalah tunggu tertiba...

PANG!!!

Aku rasa kepala aku sakit giler. Panas pun ada. Tapi belum sempat aku melawan. Sekali lagi...

PANG!!!

Kepala aku makin berat dan sejujurnya sangat sakit giler bapak hang. Lepas tu aku dah tak sedar apa-apa. Sedar-sedar aku rasa aku dah tak bersatu dengan tubuh aku lagi. Aku nampak dari kejauhan badan aku dipotong kecil-kecil oleh Hafiz dalam bilik yang aku-sendiri-tak-tahu-kat-mana. Nak kata makmal tak nampak macam makmal. Nak kat bilik simpanan aku pun tak pasti. Entahlah. Yang pasti aku nampak usus-usus aku mula ditarik keluar dari tubuh aku termasuklah rakan organ yang lain seperti jantung, paru-paru yang dicampak dalam satu baldi berkarat sebelum dikisar lumat dengan mesin pengisar. Merah sungguh aku tengok jus yang dihasilkan oleh Hafiz melalui organ-organ aku tu. Tubuh aku yang dipotong tu pula dibungkus dalam plastik hitam yang aku sendiri tak tahu kemana dan apa bakal dilakukan oleh senior kesayangan aku tu.

Tertiba...

Aku baru ingat Hafiz ni penuntut tahun akhir dari pusat pengajian Teknologi Industri dalam pengkhususan teknologi makanan. Dia pernah bergurau dengan aku cakap ‘final year project’ dia nak buat baja yang paling elok untuk tanaman di Malaysia. Tapi dia cakap masalah yang dia hadapi masa nak buat baja tu, formula dia memerlukan organ manusia sebagai bahan utama dia. Dia memang nampak serius masa tu tapi aku pula ketawa jerlah. Sebab aku ingat dia bergurau jer. Tak sangka lak dia buat betul-betul. Aiyooo... Memang giler senior kesayangan aku ni.

Owh... Baru aku ingat juga, nama aku bukan Ginger tapi nama aku Aizad. Kenapa aku mengelarkan diri aku Ginger sekarang?  Sebab sebahagian diri aku sekarang dah bersatu dengan pokok Halia yang ditanam oleh Hafiz yang juga dijadikan sebagai sampel bagi kajian giler dia ni. Tapi aku bangga jugalah sebab aku jadi sebahagian daripada bahan utama baja dia. Malah, aku juga dapat membantu senior kesayangan aku ni untuk kesejahteraan masa depannya tu. Huhu...

XOXO
Love You

Ginger... 

END