..

Nothing in this is PERFECT

Friday, November 15, 2013

ZIANA

Entah kenapa?
Sudah banyak kali hati aku tergerak untuk menulis mengenai entry ni...
Tapi masih tak tertulis... 

Tapi hari ni aku berjaya juga menghabiskan penulisan entry aku mengenai seorang penyanyi ni...
Zaman 20-an skung, gadis2 remaja skung sangat menyukai artis2 'ringan' (erti kata aku pada artis yg kurang power vokal mereka dan hanya power pada penulisan lirik mereka sahaja) berbanding gadis2 remaja pada tahun 90-an yg amat mengagumi artis2 vokal lantang yg sangat popular pada masa itu.

Apa2pun objektif aku menulis entry ini adalah untuk menunjukkan rasa respect aku pada seorang artis wanita ini yg bagi suaranya sangat power dari dulu sehingga kini...

Siapa tak kenal artis bersuara lantang yg terkenal dengan lagu2nya seperti Anggapanmu, Terkenang Jua, Bersama Akhirnya dan sebagainya...

Yer... Artis itu adalah Kak Ziana kita...
Atau nama komersialnya adalah Ziana Zain...



Jom kita usha biodata dia kejap...
Ziana Zain atau nama sebenar dia, Siti Roziana Binti Zain merupakan artis yg melonjak naik pada tahun 90'am dengan single meletop yer, Madah Berhelah...
Malah, kehebatan suaranya menyebabkan bakat beliau itu mula diiktirafkan melalui pertandingan Voice of Asia 1995 di Kazahstan...

Sebenarnya, niat aku menulis entry ni bukan sebab nak mencari gaduh dengan peminat Dato Siti ker apa ker... Tak ada niat langsung... cuma aku nak luah rasa terkilan aku pada budak zaman skung yg masuk pertanding realiti dengan suara yg bagi aku, suara yg aku leh jumpa di Pusat Karaoke... Opsss... Sori... Terpedas lak statement... hehe...

Industri muzik seni makin sesak tapi kenapa kita masih menghasilkan artis yg xleh g jauh dlm industri...
Artis yg bagi aku hanya mampu memberikan impak dalam 3-5 tahun, pastu semua senyap.... 

Please lah... Kita nak artis yg mcm Kak Ziana yang mampu memberikan impak sehingga kini...
Contohnya... Lagu Anggapanmu yang terhasil pada tahun 1993 masih disiuli sehingga kini...
Macm mana pula dengan lagu masa kini macam lagu Aku Suka Dia - Ainan Tasneem dan sebagainya, mampukah lagu macm tu akan kekal sehingga ker zaman akan datang?

Walau apapun, korang nak bang dlm entry aku kali ni...
Aku cuma nak cakap sebagai peminat muzik, tolonglah berhenti menyokong artis yg entah apa2...
Tolong sokong artis yg mampu memberikan impak pada industri muzik kita...
Hak bermuzik Hak kita... hehe...

p/s: sambil tulis entry sambil dengar semua lagu Kak Ziana... Meletop... hehehe