..

Nothing in this is PERFECT

Saturday, June 22, 2013

GOODBYE USM




Wah hebat... entry letak logo USM... haha...
Sedar tak sedar akhirnya aku sudah pun berada di hari terakhir aku di Universiti Sains Malaysia...

Begitu banyak kenangan...
Begitu banyak cerita...
Begitu banyak memori...
Yang tidak dapat aku kongsikan dalam penulisan blog aku kali ni...

Pelbagai perasaan aku rasa ketika ini...
Sedih... coz aku bakal meninggalkan banyak kenangan, sahabat, kebebasan dan sebagainya...
Gembira... coz aku sudah menamatkan ijazah sarjana muda aku...
Teruja... coz aku bakal memasuki level baru dalam kehidupan aku iaitu dunia berkerja...
Takut... Kekejaman relaiti kehidupan.. hehe...
Bosan... Coz aku xleh bebas mcm dulu lagi coz waktu kerja t mesti xsama mcm masa belajar ni...
dan mcm lagi2...

Aku pasti akan rindu semua kenangan semasa aku belajar kat USM...
Senarai 10 kenangan yang akan aku rindu...
1. Aku akan rindu kenangan aku perform kat Dewan Budaya, Pelenggang, Panggung Sasaran, dan DTSP... Hampir semua tempat aku pernah perform so aku rasa agar tak terkilan sgat untuk meninggalkan USM ni... :-)

2. Kenangan aku jatuh motor... Sebenarnya benda tu masih segar lagi dan aku masih fobia nak naik motor.... Tapi lumrah lelaki kan kalu xada kenangan ngan motor bukan lelaki namanya... haha...

3. Kenangan aku datang lewat ke exam... haha... DUP A atau B yang menjadi saksi kepada kelewatan aku... Alhamdullilah walaupun lewat tapi atas kebaikan Dr Nik... Aku masih dapat menduduki peperiksaan tu.. yang xleh blah tu aku lewat 30 minit kot... haha...

4. Rindu berjalan malam dari Khaleeq ke CG... itu mmg kerja aku masa 1st year... haha... kekadang paling giler aku pernah berjalan ke Khaleeq pada pukul 1 then blik kul 3 lebih... giler2... haha

5. Aku akan rindu kedai karaoke seringgit kat BJ tu... hahaha... tempat wajib sekiranya stress, bosan dan sebagainya melanda diri... haha.... 

6. Queensbay mall... rumah kedua aku... haha... aku suka QB berbanding mall lain coz dia dekat... dia ada semua yang aku nak.. so buat apa aku g sampai gurney, 1st avenue kalu semua tu jauh n xada yg aku nak... hehe

7. Aku akan rindu kerja aku sebagai MPD CG... 3 tahun aku pegang jawatan tu daripada kat bawah, atas n bawah blik... aku tetap setia berkerja untuk MPD CG... bukan kerana nama atau sebagainya tapi coz aku sedar itu tanggungjawab aku sebagain penghuni CG bukan penghuni yang tahu duk bilik jer.. hehe...

8. Bilik 215A/ H35... bilik aku sepnjg belajar kat USM dari tahun 2 sehinggalah aku tamat ni... bilik banyak kenangan dan bilik tu juga studio mini tarian aku... bilik room mate keluar jer... aku mulakan latihan aku...
hahaha... i wil miss this room... 

9. Aku akan rindu pimpin siswa... team sarjan misai... team pimpin siswa yang terbaik pernah aku join.. aku xmenyesal pun xdapat join team pimpin siswa idaman aku... coz bagi aku team pimpin siswa sarjan misai
adalah team yang terhebat dan banyak aku belajar sepanjang menyertai program ni.

10. Last sekali aku akan rindu semua kawan2 aku yg banyak bagi kenagan aku dari sedih ke gembira dan sebagainya... diorg bnyk mengajar aku erti kehidupan... huhu... korg mmg terbaik... geng diva-diva
seantero... geng kamen rider cg... geng komunikasi... geng mpd cg... dan ramai lagi... aku akan rindu 
      korg... :-)

p/s: setiap pertemuan pasti ada perpisahan... :-) lumrah...

BEST EAT-EAT PLACE IN PENANG

Selama hampir 3 tahun aku bermastautin di Penang...
First thing yang aku terfikir yg menarik kat Penang ni adalah makanan dia...
Masa mula2 aku fikir Penang hanya famous ngan Mamak-mamak dia lah.. huhu...
Tapi lama2 baru aku tahu Penang ni ada macam2 makanan yang membuatkan siapa yang kurus pada mulanya menjadi seorang yang debab... huhu...

so entry kali ni aku nak syokkan lah beberapa tempat makan yang aku suka pergi... huhu...
dan ia tidak mengikut urutan mana yang paling sedap coz aku suka makan... semua tempat aku makan... huhu...

1. ASK ME BURGER
-Ask me why i like this eat-eat place? haha... Kerana kan sini adalah burger dia sangat sedap... Lokasi dia terletak kat Food Court Bukit Gedung...  Burger dia x fancy lah mcm Burger Rockstar atau Burger Bakar Abang Burn dan sebagainya kerana Burger dia simple tapi ramuan dia tu diadun ngan baik apabila memasuki mulut... dia ada mcm2 jenis burger... malah harga dia sangat berbaloi... huhu... okay fine tempat pertama ni jer dah buat aku terliur... haha...

ASK ME BURGER PUNYA BURGER


2. DENAI TROPIKA
- Aku xsure betul ker x nama kedai tu coz yg aku tahu nama kedai tu adalah Denai... (coz kawan aku semua panggil mcm tu) Kedai ni pernah masuk jalan2 cari makan... aku suka g coz Orange Ice Blended dia sangat awesome... selain dia masakan dia leh tahan juga... aku selalu g sana aku suka makan ayam cili padi dia... sedap x pedas sgat... huhu... dan aku suka juga ayam masak manis dia... boleh dikatakan semua dish dia sedaplah... huhu...

ni suasana kat sana... sangat esklusif k... huhu...
3. GURNEY DRIVE
- Gurney Drive ni kalu orang tak tahu tempat makan apa mesti ingat ada Pasembor jer... huhu... tapi sebenarnya kat Gurney Drive ni ada mcm2 makanan yang kita leh santap sampai licin... tapi pilihan aku kat sini adalah nasi lemak dia... huhu... nasi lemak sgat awesome okay... sedap nak mampus.. sumpah x tipu... huhu... pasembor menari tu pun sedap gak... haha... mai2lah singgah sini... sedap wei... sebelah dia jer Gurney Shopping Mall dah... huhu...



4. CHAR KUEH TIOW SG DUA SEBERANG.
- Sungai Dua ni bukan Sg Dua dalam pulau k tapi ni kat seberang iaitu luar dari pulau... kenapa aku cakap Char Kueh Tiow kat sini sedap? OMG.. dahlah banyak... sedap lak tu... udang dia fresh... sedap lah... kat area tu mmg penuh ngan kedai Char Kueh Tiow, Mee Udang dan sebagainya... tapi paling popular adalah kedai Char Kueh Tiow telur ayam dibasuh... haha... pelikkan nama dia... tapi situ mmg superb ah... hehe...


5. NASI KANDAR KAMPUNG MELAYU
- aku xpernah pergi tmpat ni tapi aku pernah makan nasi kandar dia... antara banyak nasi kandar kat Penang... aku rasa ni lah nasi kandar paling sedap yang pernah aku rasa... orang lain mungkin cakap nasi kandar beratur lah apalah tapi aku secara personal memilih nasi kandar yg kat sini adalah nasi kandar yang paling sedap pernah aku makan.. huhu..

Thanks Mr. Google... 
6. MEE SOTONG PAK HAMEED
- ni sekadar cadangan pada mereka lah coz aku xmakan mee ni... ramai kata sedap... dia kelihatan pedas dan sgat merah... so kepada peminat makanan ni korg leh lah dtg kat Food Courd area2 Padang Kota tapi bawa bersabar coz korg kena beratur... ramai giler orang... hehe...

Mengancam x? hehe...

7. SUP HAMID 
- kalu sejuk2 kat Penang ni (pernah penang sejuk? hehe...) mailah minum lak sup kat kedai Sup Hamid mcm sup ada kat sini... malah dia siap sediakan roti untuk kita makan bersama sup tu... sedap wei... sup dia mmg terangkat lah... haha... yg xpasti aku xtahu owner dia sama x ngan owner mee sotong kat atas coz nama diorg HAMID... hahaha... 

Sedpnya... hehe...

8. NASI BERIANI AYAM MILANI KAPITAN
- Kat Kapitan area Penang ni aku paling suka makanan ni... serius sedap... dia rasa2 mcm cheese pluas chicken chop gitu tapi bila dimakan dengan nasi beriani dia... terangkat wei.. sedap2... makin lapar aku rasa... haha...

nak makan... nak makan... hehe...
Cukuplah 8 makanan n tempat yang aku rasa dah cukup membuatkan perut kau berbunyi walaupun baru lepas lunch ni... haha... harap2 korg leh lah dtg ke Penang untuk menikmati kesedapan makanan ni.. hehe...

Kepada pengambilan baru 2013/2014 USM... korg mesti x menyesal stay kat Penang ni... SANGAT AWESOME... hehehe...

p/s: entry kegembiraan yang menutup kedukaan untuk meninggalkan bumi pulau mutiara ni...
layari juga entry aku lagi satu ni http://shabi9generation.blogspot.com/2013/06/goodbye-usm.html

Monday, June 17, 2013

21 SEPTEMBER 2013



Ini bukan tarikh doom day...
Ini bukan tarikh birthday sesapa...
Ini bukan tarikh perkahwinan aku.. hahaha

Tapi ini adalah tarikh yang diramalkan oleh pakar media Korea dengan menjangkakan sebuah meletup gelombang Korea akan berlaku di Malaysia pada tarikh tersebut.

OMG... 
Runningman akan datang ke Malaysia...
Are you serious? 
OMG... OMG... aku nak pengsan kejap... haha...


Kenyataan ini diwar-warkan oleh sebuah akhbar tempatan dengan menyatakan tarikh 21 September ini, Malaysia akan didatangi oleh Runningman dan sebuah kumpulan Korea yang lain iaitu JYJ... hehe...

xteruja nak jumpa JYJ tapi teruja coz nak jumpa running man... haha...
OMG... kalu lah dapat jumpa Jongkook, Jihyo, Gary, Jaesuk, Haha, Kwangsoo dan Sukjin tu...
Komfem I crying baby... haha...

tapi antara ramai aku teringin nak jumpa Jaesuk Oppa...
the best korean MC... aku bangga ngan dia... haha...
aku berangan juga nak jadi mcm dia... haha...


Inilah dia... dia dulu pengacara biasa jer... pengacara yang kena buli... 
tapi siapa sangka kesungguhan dia tu membuatkan dia glamour mcm skung...
aku respect dia coz dia very down to earth... hehe...
walaupun kat atas, sifat berlagak dia langsung xterpacar...
aku harap Malaysia adalah pengacara mcm dia...
dia sgat awesome... xkisah diri dia nmpk bodoh ker...
tapi bagi dia menghiburkan orang adalah tugas dia... and he did his job sincerely...

tapi sayang kalu betul runinggman datang pada tarikh tu...
aku xleh g coz masa tu adalah tarikh graduation aku... 
hrm... agar menyedihkan.. hrm...

p/s: bila berjaya jgn lupa orang bawah... :-)

Sunday, June 16, 2013

WHAT WE NEED IS RESEARCH!!

Sejak beberapa hari ni.. aku sering pergi ke pawagam untuk menonton wayang...
Sepanjang aku pergi menonton tu... aku perasan akan kelemahan filem kita sendiri...

Kelemahan yang aku nampak pada filem tempatan...

1. Budaya pinggiran macam mat rempit, minah bonceng dan sebagainya sering dipaparkan... 
Aku mula terfikir adakah itu budaya negara kita? Malaysia bukan sebuah negara yang mengalakkan masyarakat dia untuk menjadi mat rempit, gangster dan sebagainya. Tapi kenapa cerita mcm tu juga yang ditonjolkan?

2. Kuantiti dan lambakan filem tempatan makin banyak... itu perkembangan yang baik tapi adakah anda semua sedar? kita sebagai penonton bukan nak menonton semua filem tu tapi kita akan memilih mana satu filem yang berkualiti untuk ditonton...so in easy word... kita nak kualiti bukan kuantiti... hrmmm...

3. Dan paling besar yang aku nampak kelemahan pada filem Malaysia adalah filem Malaysia kurang kajian dan kurang ilmu... ia sering menonjolkan aspek hiburan tapi aspek pengetahuan tidak diselitkan langsung... adakah mereka tahu bahawa medium filem dan sebagainya yang dipaparkan oleh media ini merupakan mediun untuk menyebarkan pengetahuan juga?

Maaflah sekiranya penulisan aku kali agar mcm karangan...
tapi inilah fakta kelemahan industri perfileman Malaysia.

Kenapa sesebuah filem memerlukan kajian?
Filem yang terhasil daripada kajian akan memberikan satu jalan cerita yang baik, padat dan bermutu...

contohnya mcm filem 9-9-81...
sebuah cerita seram daripada Thailand... cerita dia simple dia... pasal kematian seorang wanita yang melibatkan 9 orang yang ada kaitan ngan perempuan tu... tapi yang menarik minat aku pada cerita ni adalah pengetahuan yang diselitkan dalam cerita ni apabila satu budaya baru Thailand ditonjolkan...


Contoh mcm babak kat bawah ni... inilah budaya yang diamalkan oleh masyarakat Thai sekiranya pengantin perempuan mati sebelum hari perkahwinan... satu upacara akan dijalankan untuk menunaikan pengantin perempuan tu... its knowledge...

selain tu mcm cerita After Earth...
sebuah cerita sains fiksyen yang memberikan aku begitu banyak nilai dalam kehidupan...


Lakonan hebat anak beranak Smith mampu memberikan kesedaran kepada kita... bahawa ketakutan adalah imaginasi kita... kita mampu mengubahnya... malah, seorang anak haruslah berdikari bukan terlalu bergantung dengan family mereka sahaja... walaupun cerita dia berbentuk sains tapi isi cerita dia masih berkaitan dengan kita sebagai manusia biasa... 

Begitu banyak perbezaan antara filem tempatan dengan filem luar negara...
aku harap satu hari nanti zaman kegemilangan filem tempatan pasti akan tiba...
Pontianak Harum Sundal Malam, Hikayat Merong Mahawangsa, Puteri Gunung Ledang, SAM, Sepet, Zombie Kampung Pisang, Hantu Kak Limah Balik Rumah dan sebagainya adalah cerita yang mengagumkan dengan mesej yang disampaikan dan jalan cerita yang baik...
 cuma satu jer... maksimumkan bakat yang berkualiti bukan bakat yang hanya tangkap muat sahaja...

p/s: harap satu hari nanti filem psiko Malaysia dapat dihasilkan oleh aku... hehe...

Monday, June 10, 2013

7 MOST CLICHE PHOTOS ON INSTAGRAM



7 jenis gambar yang klise dan sering dipost dalam Instagram...

Hehehehe... Apakah 7 jenis gambar itu?

Adakah nada pun pernah melakukannya? hehehehe...

Jom kita saksikan... hehe...

Pertama: Gambar kaki aku cantik... haha...


Cuba check dalam instagram korang ada x pos gambar mcm ni... hehe...
Sometime org nak tunjuk gambar ni bukan sebab gmbr kaki diorg cntik ker apa ker... tapi mcm nak tunjuk lah diorg ngah berehat... hehe... relaxing... kaki kan paling banyak bergerak so bila berehat kaki lah anggota pertama untuk dipos dalam Instagram... haha...

Kedua: Awan yang Terpilu...


Yang ni memang klise... malah aku pun selalu buat... hehe...
bukan apa awan mmg cntik kot bila pagi n petang... hehe...
malah mcm mengagumi kecantikan ciptaan Allah s.w.t... :-)

Ketiga: Aku makan makanan ni... Ko hado?


ni mcm satu sindiran pada semua kaki gadgetlah... bila g makan tempat unik sikit ker sedap sikit..
jap agi adalah gmbr makanan yang dia upload... hehe... 
motif? nak makan makan jerlah... bukan ko kongsi gmbar tu boleh bgi orang lain makan... haha...

Keempat: Kata-kata Perangsang... 


Ni perkara biasa terutamanya kepada yang pakai Ipong tu lagi2 yg guna apps Piclab tu komfem Instagram diorng penuh ngan gambar2 mcm ni n kata2 perangsang... huhu...

Kelima: Gambar bangunan tinggi...


Kalau kat Malaysia... Bangunan paling popular ngan jenis gambar mcm ni adalah Bangunan Menara Berkembar... hehe... komfem semua amik gmbr tu dari bawah xpun Menara K.L coz tinggi sgat... hehe

Keenam: Print Screen SMS atau Twitter atau Facebook dan sebagainya...


Perkara tipikal juga ni... selalu juga aku jumpa kat Instagram aku...
Hrm... malah ada satu tahap benda yang xpatut kongsi pun nak kongsi juga...
such no life... haha...

Ketujuh: Jom amik Gambar Depan Cermin...


Aku xsuka gmbr mcm ni... hrm... tapi selalu gak buat tapi xpos... masalahnya fon mahal2..
kan ada kamera depan buat apa lah ko g cari cermin then pos capture gmbr korang...
lagi kalu xboleh blah kalu gmbr tu diambil dari cermin tandas... haha..
tak ada tempat lain ker? hahaha....

Setakat ni jerlah... pengkongsian blog aku kali ni... hahaha...
Tak ada niat nak mengutuk tapi just opinion jer... hehe..

kalu rajin follow lah instagram aku... SHABILICIOUS...
hehehe...

p/s: xsemua manusia berfikiran lain dari yang lain... semua sama jer... hehe..

Friday, June 7, 2013

AKADEMI FANTASIA IS BACK...

Setahun yang lalu...

Akademi Fantasi yang ke-9 adalah AF yang terakhir akan diadakan...

Itulah kata2 yg aku ingat pasal AF ni...

Namun 2 minggu lepas... 

Tertiba kuar iklan kat Page FB Stacy (Juara AF6) menyatakan AF akan kembali untuk musim yang ke-10...



Hrmmm... Tertiba jer kan... Tak ada angin xada ribut yang bertiup kini AF kembali...
Apakah faktornya? Hrm... Itu kena tanya pihak ASTRO lah kan... hehe...

Entry ni aku tulis coz esok audition AF akan berlangsung kat Pulau Pinang iaitu kat Hotel Vistana, Penang...
So aku komfem esok Hotel Vistana akan penuh dengan wajah2 penuh harapan untuk menjadi Juara Musim Terbaru AF kali ni...

Mesti hebat2 yang datang ke audition esok dan ahad nanti kan...

Kini mengimbau sejarah lah...
Kalau setakat research pendek yang aku buat ni...
Juara AF yang datang dari Penang hanya seorang jer iaitu Mila...
Penyanyi kecil yang terkenal dengan lagu dia Persis Mutiara, Ilham di Matamu dan mcm2 lagi...

Nasihat aku pada yang pergi audition? Hahaha...
Aku pun xpernah pergi audition tu tapi aku cuma leh cakap kalu korg g audition tu
1. Jadi lain daripada yang lain...
2. Just be yourself...
3. Tahu limit korang...
4. Jangan angkuh ngan bakat korang tapi jadi low profile lagi Allah berkat... hehe...
5. N last sekali buat yang terbaik... jadikan ini sebagai pengalaman jer... kalu dapat alhamdullilah... kalu xdapat... redha... hehe...

Last sekali... 
Aku harap AF kali ni xmcm2 AF sebelum ni lah... 
Aku rindu AF masa zaman Mawi, Zahid sangat best, berbakat, sengit, awesome n mcm2 lagi... 
Aku harap AF kali ni akan kembali zaman kegemilangan AF mcm pada satu masa dahulu...

p/s: kepada yang pergi... jangan fikir glamour... tapi fikirkan nasib industri muzik kita ni... huhu...



Thursday, June 6, 2013

400,913,871 WATCHED GENTLEMAN MV... WOW!!!


PSY...

Siapa tak kenal mamat muka dari negara Korea ni yang pernah terkenal dengan Gangnam Style pada tahun lalu kini telah kembali dengan single baru selepas Gangnam Style iaitu Gentleman...

Entry kali ni bukan aku nak cerita pasal comeback dia ngan lagu Gentleman tu...
Tapi aku bercakap pasal kejayaan lagu Gentleman yang lebih memberangsangkan berbanding lagu Oppa Gangnam Style tu...
Hrm...

Kenapa aku cakap tu?
Berdasarkan kepada sumber sahih iaitu YOUTUBE...
Jumlah tontonan MV (Music Video) Gentleman adalah lebih pantas daripada jumlah tontonan lagu Gangnam Style...
Sila lihat graf dibawa... wah dah mcm buat kajian dah ni... hehe... ini kalau lecturer aku tgok ni bangga dia kejap ngan aku... haha...


Berdasarkan kepada graf ni (sumber: YOUTUBE pada bulan April lalu) menunjukkan jumlah tontonan MV Gentleman sudah MELEBIHI 10 ribu tontonan dalam masa kurang daripada 5 hari manakala Gangnam Style nak cecah 10 ribu tontonan pun tunggu sampai lebih dari 50 hari... sedih... haha...

Jumlah terkini pula menunjukkan Gentleman telah ditonton sebanyak 400,913,871 manakala Gangnam Style masih kekal mengungguli dengan jumlah tontonan sebanyak 1,639,987,549 tontonan... WOW!!!

Pada pendapat aku lah... kejayaan dia ni pun sebab kesungguhan dia menjual diri dia untuk berjaya dalam pasaran luar negara... Yelah siapa xnak berjaya kat Hollywood kan... huhu... aku pun nak... hehe... 

Tapi dengan jumlah tontonan yang mengagumkan ni... terdetik juga rasa di hati bila lah artis kita nak ada jumlah tontonan MV yang mcm ni... bukan nak bandingkan kejayaan artis kita ngan artis luar melalui jualan atau jumlah tontonan MV tapi itulah kan jumlah tontonan kat YOUTUBE ni juga menunjukkan berapa ramai orang luar yang tahu kehebatan yang ada kat Malaysia ni... Hrm... Aku harap satu hari nanti adalah artis kita yang bakal mewujudkan fenomena yang mcm ni... HOPEFULLY... huhu...

P/s: kepada yang bakal jadi peserta AF tu janganlah abaikan peluang tu... gunakannya sebaik mungkin agar korang bukan dicop sebagai artis mee segera lagi... huhu... :-)

Come Back Again

Assalamualaikum dan apa khabar semua?
Wah skema sungguh aku punya mukadimah entry aku kali ni... hehe...
Entry tajuk 'come back again'... wah mcm artis korea dah ni nak comeback2 bagai... haha....

Mana aku menghilang?

Tak menghilang mana pun ada jer kat bumi minden, pulau pinang ni menghayati detik2 terakhir aku kat USM n sebelum aku bergraduasi bulan 9 nanti... insyallah.. huhu...

Kenapa mendiamkan diri seketika?

Wah... saya mendiamkan diri kerana... haha.. (jawapan mcm artis lah pula) haha... aku xaktif blog kebelakangan ni coz sibuk ngan fyp (final year project) aku n mcm2 benda aku kena uruskan... lagipun ngan lappy aku si yoobi aku yg ngah nazak tu menyukarkan aku lagi nak update2 blog ni... huhu...

Apa yg menarik ngan come back kali ni?


Entah aku pun xpasti coz aku pun bukan blogger terkenal so aku xperlu nak fikir entry2 gempak... aku buat entry ikut suka aku jer.. hehe... tapi TERIMA KASIH juga kepada pembaca blog aku ni... hehe... yelah korg sanggup baca tulisan aku yg xberapa nak awesome ni... hehe... 

Tapi yg pasti aku cuba menulis yg terbaik kepada peminat blog 'TALK TO MY HAND' ni.... hehe...


Klah... chow dulu... jumpa kat entry seterusnya k...

Xoxo shabilicious