..

Nothing in this is PERFECT
Showing posts with label film. Show all posts
Showing posts with label film. Show all posts

Sunday, June 16, 2013

WHAT WE NEED IS RESEARCH!!

Sejak beberapa hari ni.. aku sering pergi ke pawagam untuk menonton wayang...
Sepanjang aku pergi menonton tu... aku perasan akan kelemahan filem kita sendiri...

Kelemahan yang aku nampak pada filem tempatan...

1. Budaya pinggiran macam mat rempit, minah bonceng dan sebagainya sering dipaparkan... 
Aku mula terfikir adakah itu budaya negara kita? Malaysia bukan sebuah negara yang mengalakkan masyarakat dia untuk menjadi mat rempit, gangster dan sebagainya. Tapi kenapa cerita mcm tu juga yang ditonjolkan?

2. Kuantiti dan lambakan filem tempatan makin banyak... itu perkembangan yang baik tapi adakah anda semua sedar? kita sebagai penonton bukan nak menonton semua filem tu tapi kita akan memilih mana satu filem yang berkualiti untuk ditonton...so in easy word... kita nak kualiti bukan kuantiti... hrmmm...

3. Dan paling besar yang aku nampak kelemahan pada filem Malaysia adalah filem Malaysia kurang kajian dan kurang ilmu... ia sering menonjolkan aspek hiburan tapi aspek pengetahuan tidak diselitkan langsung... adakah mereka tahu bahawa medium filem dan sebagainya yang dipaparkan oleh media ini merupakan mediun untuk menyebarkan pengetahuan juga?

Maaflah sekiranya penulisan aku kali agar mcm karangan...
tapi inilah fakta kelemahan industri perfileman Malaysia.

Kenapa sesebuah filem memerlukan kajian?
Filem yang terhasil daripada kajian akan memberikan satu jalan cerita yang baik, padat dan bermutu...

contohnya mcm filem 9-9-81...
sebuah cerita seram daripada Thailand... cerita dia simple dia... pasal kematian seorang wanita yang melibatkan 9 orang yang ada kaitan ngan perempuan tu... tapi yang menarik minat aku pada cerita ni adalah pengetahuan yang diselitkan dalam cerita ni apabila satu budaya baru Thailand ditonjolkan...


Contoh mcm babak kat bawah ni... inilah budaya yang diamalkan oleh masyarakat Thai sekiranya pengantin perempuan mati sebelum hari perkahwinan... satu upacara akan dijalankan untuk menunaikan pengantin perempuan tu... its knowledge...

selain tu mcm cerita After Earth...
sebuah cerita sains fiksyen yang memberikan aku begitu banyak nilai dalam kehidupan...


Lakonan hebat anak beranak Smith mampu memberikan kesedaran kepada kita... bahawa ketakutan adalah imaginasi kita... kita mampu mengubahnya... malah, seorang anak haruslah berdikari bukan terlalu bergantung dengan family mereka sahaja... walaupun cerita dia berbentuk sains tapi isi cerita dia masih berkaitan dengan kita sebagai manusia biasa... 

Begitu banyak perbezaan antara filem tempatan dengan filem luar negara...
aku harap satu hari nanti zaman kegemilangan filem tempatan pasti akan tiba...
Pontianak Harum Sundal Malam, Hikayat Merong Mahawangsa, Puteri Gunung Ledang, SAM, Sepet, Zombie Kampung Pisang, Hantu Kak Limah Balik Rumah dan sebagainya adalah cerita yang mengagumkan dengan mesej yang disampaikan dan jalan cerita yang baik...
 cuma satu jer... maksimumkan bakat yang berkualiti bukan bakat yang hanya tangkap muat sahaja...

p/s: harap satu hari nanti filem psiko Malaysia dapat dihasilkan oleh aku... hehe...

Monday, January 14, 2013

The Tower

Ok skung mengembang sayap pada bahagian Movie lak... haha..
Seblum ni aku ada komen pasal Twilight kan..
Kali ni aku nak memberi komen pasal satu filem korea yg aku bru tgok smlm...


Konsep citer dia ala2 Titanic... tapi dia bukan berlaku kat kapal tapi kat bangunan pencakar langit yang mempunya beratus2 tingkat...
Walaupun komposisi kamera dan audio dia kurang baik (mungkin sebab bnyk potong kot, wayang malaysia biasalah)
Tapi aku suka garapan citer dia... pelbagai perkara dapat dilihat terutamanya realiti kehidupan manusia...

Tema utama citer ni adalah PENGORBANAN... terlalu banyk sungguh nilai ni dapat aku tgok... malah ada pengorbanan dia smpai hmpir2 aku nak mengalirkan air mata... Tap antara pengorbanan yang membuatkan aku hampir mengalirkan air mata adalah...

1) Seorang ibu
Seorang ibu sanggup berkerja keras demi nak menyara kos pembelajaran anak lelaki dia... walaupun dia terpaksa membuat pelbagai kerja keras tapi niat dia satu jer, kerja untuk anak dia...
Babak menyedihkan...
Satu masa dia sambut New Year sorang2... Kedua masa dia minta tolong smpaikan yuran sekolah anak dia sedangkan masa 2 nyawa dia dalam keadaan bahaya... KASIH SEORANG IBU

2) Seorang ahli bomba
Atas tanggungjawab seorang ahli bomba, dia sanggup mengorbankan dirinya demi nak menyelamatkan mangsa2 yang masih terperangkap dalam bangunan tu... 
Babak menyedihkan ...
Masa dia hendak meletupkan dirinya dia smpat menyampaikan voicemail pada isterinya... sedih giler babak ni... serius babak ni menunjukkan bahawa tak bermakna seseorang itu diam dia xsyg kat kita... sedih... :-(

Aku xmampu mengambarkan citer ni ngan kata2 yg pnjg.. ko patut merasai n tonton citer ni...
Serius korg takkan menyesal.. kerana citer ni mampu menyedarkan korg pasal bnyk perkara...

LOVE THIS MOVIE...


Thursday, November 29, 2012

Twilight

Twilight... 
Sebuah filem yg diadaptadi daripada novel yg ditulis oleh Stephanie Meyer.. (Konsep dia sama kisah bercermin mata bulat n berparut di dahi 2...)
Tapi genre dia berbeza coz si budak cermin mata lebih pada fantasi, magic n sewaktu ngan dia...
Manakala Twilight lak dia more pada romantik,fantasi n aksi....

Sedikit pandangan aku mengenai Twilight ni dari series satu hingga akhir ni... (BTW aku diehardfan Twilight)

Twilight (Percintaan Bella n Edward bermula)


Masa first movie ni kuar... aku mcm biasa jer coz terpikat tgok kulit Edward yg kulit yg putih 2 (berangan nak putih mcm 2...) then bapak aku beli cd dia... cetak rompak jer...
masa tu form 6 kot... mmg kaki DVD masa 2... layan2 aku leleh tgok percintaan diorg yg unik iaitu antara vampire ngan human... so sweet... 
pas2 ngan lakonan Kristen Steward yg pelik n Robert Pattinson yg bajet macho menyebabkan aku addicted ngan citer ni... hehe... Babak yg paling aku masa 1st film ni adalah masa Bella duk paksa Edward suruh tukar dia jadi Vampire pas2 Bella ingat Edward nak gigit tapi Edward hanya cium leher dia jer... OMG so hot k babak 2... hehe... 
(Bermula kisah aku sebagai peminat twilight)


Twilight Saga: New Moon (Bella n Serigala n Vampire)


Sequel yg ni mengangkat lagi watak si serigala atau Jacob yg dilakonkan oleh Taylor Lautner (pelakon SPY KID 3D yg jadi Shark Boy 2...) 
Bagi aku citer kedua ni agar membosankan bila Vampire kecewa sebab xdapat kahwin ngan manusia n si serigala 2 masuk campur nak rampas Bella dari Edward... 
Jalan cerita agak lembab (mmg jalan citer twilight lembab) tapi aku suka film ni masa babak Bella meroyan Edward tinggalkan dia... yg lawak masa Bella nak bunuh diri ngan bawa motor n pas2 accident, tgn patah... (menyusahkan diri maknanya tu) hahaha...
Yg pasti film yg ni bgi biasa jer.. coz xromantik sgat mcm yg pertama... hehe...

Twilight Saga: Eclipse (Dilema Bella)


Film yg ketiga ni merupakan film yg menunjukkan dilema Bella untuk memilih antara si Pontianak atau Si Serigala Jadian... masa ni wujudlah Team Edward n Team Jacob... mcm2... fenomena katakan... hehe
Tapi aku suka twist dia bila dia wujudkan watak pontianak liar yg merupakan pontianak yg dijadikan oleh pontianak tanpa didikan untuk mengawal hawa nafsu diorg untuk minum darah (mampu pontianak pun ada ilmu k..) hahah...
dlm movie ni aku suka babak masa Edward n Jacob bersatu untuk lindungi Bella...
dlm movie aku Team Edward coz aku suka watak Edward yg sanggup merelakan Bella dijaga oleh Jacob untuk memastikan Bella selamat daripada serangan pontianak liar... hehe... so sweeet... hehehe

Twilight: Breaking Dawn Part 1 (Bella n Edward khwin)


Film yg ni merupakan film merupakan yg memaparkan Bella n Edward melangkah satu tahap yg bru dalam perhubungan diorg bila diorg berkhwin dlm film... 
PONTIANAK KHWIN MANUSIA (Mampu?) hahahah....
Bagi aku film yg ni best coz aku suka tgok visual diorg masa diorg bulan madu... sngat cntik.... malah film ni bnyk tunjuk unsur percintaan apabila Bella mengandung, Bella n Edward kahwin, Renesmee dilahirkan n pelbagai lagi...
Tapi babak aku suka masa Bella mati n Edward sedaya upaya nak hidupkan balik Bella... 
Sayangnya Edward kat Bella...
So Sweet... hehehehehehehhe....

Twilight: Breaking Dawn Part 2 (Renesmee dilahirkan)


Ni merupakan film terbaik twilight... 
Renesmee... cntik, menawan tapi kecwa sikit masa dia bayi... nmpk sgat mcm CGI... hrm...
tapi renesmee tetap cntik...
Edward maintain beku x bernyawa...
Bella makin cntik n energetik dlm movie kali ni... hehe... aku suka fashion dia... cntik n gorgeous... hehe...
Jacob mcm tu jerlah tapi xleh blah masa babak dia nak tunjuk bapak bella yg dia serigala... motif dia nak berbogel... haha....
Alice, aksi Alice sentiasa terbaik... n suka masa aksi dia bunuh si Dakota Fanning (Pain) hahaha...
Jasper, beku tapi i loike n nak nangis masa dia mati dlm peperangan tu... hehe...
Emmet, biasa jer x gemor sgat...
Rose: suka coz dia semakin baik.. hehehe....
Carlisle: meletup masa dia ckp yg Renesmee bukan anak immortal... (hensem)
Esme: biasa jer tapi watak dia tetap aku minat....
Babak kesukaan: masa diorg lawan... best giler n masa watak Dakota Fanning mati... puas hati giler... hahahaha....

p/s: apa2 pun aku sgat suka Twilight... tunggu next post about... hehehe... tunggu yer... hehe