..

Nothing in this is PERFECT

Saturday, January 21, 2017

Review: Lagu-Lagu Finalist AJL31

Hi everyone...
Every year saya cuba tidak mengagalkan diri saya untuk memberikan pandangan saya terhadap lagu2 yang berjaya masuk Final AJL ini...
Sebab bagi saya, AJL satu2 yer platform yang berjaya membuat peminat muzik tempatan menanti2kan persembahan yang bakal dilakukan oleh pemuzik tempatan kita.

Tahun ni, saya agak sukar untuk memahami konsep malam Final AJL 31 KERANA promosi ia tidak seperti tahun2 yang lalu... cuma saya tonton video promosi yang finalist membuat pergerakan slow-motion lepas tu ending dengan kipas depan diorg...
Apakah simbolik itu? haha...
Adakah itu melambangkan Panca roba dalam dunia seni?
Hanya pihak produksi jer yang faham... haha...

Okaylah... kita drop bahagian konsep tu... Jom ikuti review saya mengenai lagu-lagu yang berjaya meloloskan diri ke pentas Final AJL31.

Lagu : Lelaki Teragung 
Artis : Dayang Nurfaizah 
Komposer : Natasyah
Penulis Lirik : Iman Imran


Review:
Lagu tema sebuah drama tempatan yang sangat terkenal iaitu 7 Hari Mencintaimu... Sebuah lagu yang berkonsep seorang wanita yang mengagungkan cinta seorang lelaki terhadap dirinya... Lagu ini walaupun melodinya agak perlahan TETAPI emosi yang dibawa dan transisi lagu yer mampu membuatkan pendengar mengikuti sebuah cerita cinta yang dialami oleh pasangan kekasih ini.
Jangkaan:
Dayang never failed to impress her fan. Since the original arrangement is fucking awesome. I hope AJL version will double the awesomeness. Look forward for her performance. (giteeewww speaking lak kita)
Paling tunggu bahagian 'meskipun kesetiaan yang selalu dipersia'. Mesti gempak ah...

Lagu : Terakhir
Artis : Sufian Suhaimi
Komposer : Shirkhan& Rinkarnaen 
Penulis Lirik : Sirkhan

Review
Lagu Slow-ballad by new-comer, Sufian Suhaimi. Sebuah lagu yang membuai dengan arrangement yang mampu membuai perasaan. Lagu yang mengisahkan percintaan terakhir bagi seorang lelaki terhadap seorang wanita. Klise. NAMUN, kekuatan lagu ni adalah pada bait2 liriknya dan patah2 lagu yer yang bukan senang untuk dinyanyikan terutamanya kepada penyanyi baru. Penghayatan yang jitu amat diperlukan untuk menghasilkan sebuah persembahan yang beremosi terhadap lagu ni.
Jangkaan
Saya berhadap dia boleh melakukan persembahan yang terbaik dan kemungkinan konsep biasa yang berdiri diatas pentas, piano mengiringi, asap memenuhi pentas akan menemani persembahan Sufian malam ni. Good luck. Bring me the emotion.

Lagu : Sudah Ku Tahu
Artis : Projector Band
Komposer : Razif
Penulis Lirik : Razif

Review
Never know this song before until my friend karok this song and this song become viral because many smule-rian sang this song because they TRY to reach the high note in this song. Actually, yes.. lagu ni sedap... lagu catchy... lagu susah... and everything. However, itu semua berdasarkan recording. Live performance? Hancur... Menjerit... Perit... Rosak sebuah lagu. Secara general, lagu mengisahkan seorang lelaki yang mengetahui awek dia curang belakang dia dan the end dia REDHA... itu jer... tapi arrangement dan vokal dia buat gempak lagu ni...
Jangkaan
Dia akan menjerit dan berharap speaker tv saya dan telinga saya mampu menambung 'kelantangan' yang bakal dilontarkan oleh vokalis kumpulan ni. My advice adik ada beza jerit and high note... xada cikgu vokal ker? i hope better performance tonight.

Lagu : Selamanya Cinta
Artis : Shila Amzah & Alif Satar
Komposer : Shila Amzah
Penulis Lirik : Shila Amzah

Review
At first dengar lagu ni... rasa pelik dengan suara Shila Amzah yang bagi aku terlalu tinggi untuk setengah2 part. Tapi bila dengar the all song, bru faham kenapa dia perlukan Aliff Sattar dalam lagu ni. There complete each other dan produce really great love song. Sebuah lagu yang membuatkan pendengar yang sedang dilamun cinta turun merasakan rasa cinta yang disampaikan oleh mereka. Namun ada satu ketika membuatkan pendengar seakan mendengar tempo-tempo lagu dari filem High School Musical. Namun, kekuatan lagu ni bergantung kepada arrangement dan vokal kedua-dua penyanyi ni. 
Jangkaan
Based on IG ShilaAmzah, the arrangement quite nice but we see what gonna happen tonight. I hope they can blend it well and not try to compete each other. But im sure they can perform really well if Shila didnt perform like she done during Patah Seribu with terrible poem performance. Good luck both of u... #hwaiting

Lagu : Terimaku Seadanya 
Artis : Misha Omar & Hafiz Suip
Komposer : Ajai 
Penulis Lirik : Ajai

Review
Pada peringkat awal lagu ni agak kurang memdapat promosi di semua medium komunikasi terutamanya radio-radio tempatan. Namun, lagu ini juga merupakan OST bagi drama Uda dan Dara. Secara keseluruhan, lagu ini mengisahkan sepasang kekasih yang memendam perasaan masing-masing dan berharap diri mereka diterima seadanya sekiranya nada cinta mereka bersatu. Berdasarkan recording dan semi final AJL, kedua2 mereka berjaya menyampaikan lagu ni dengan penuh emosi terutamanya Misha Omar yang begitu pandai bermain emosi dalam lagu dan kekuatan vokal Hafiz dalam lagu membuatkan kedua-dua mereka umpama permata yang menyinarkan lagu ini.
Jangkaan
Another song that i look forward for their performance. I cant wait kemunculan semula Kak Misha di pentas Final AJL setelah lagu terakhir yang dipertandingkan oleh Misha adalah lagu Pulangkan (kalu xsilap) Plus, dia bersama Hafiz, vokalis lelaki terbaik abad ini menjangkakan sebuah persembahan yang hebat akan diperlihatkan mlm ni. Xsabar

Lagu : Ku Rela Dibenci
Artis : Aiman Tino
Komposer : A.C.K
Penulis Lirik : Riena 

Review
Sebuah lagu yang turun dikenali sewaktu keluar karok dengan kawan2 aku. At first dengar lagu ni, kawan nyanyi mmg nmpk susah giler coz high note dia dipart2 patah perkataan yang sukar. Malah masa tu, saya terfikir siapa Aiman Tino ni? Herman Tino buat kemunculan semula ker? Anak Herman Tino ker? Haha... Tapi sincerely, saya xsuka lagu ni sampai Zarul nyanyi kat GV3 dengan penuh emosi. Nampk x otai masih berbisa? haha... Overall lagu ni sedap cuma xsuka suara kecik Aiman Tino yang boleh dianggap belum pecah seperti Justin Beiber nyanyikan lagu Baby dulu... hehe...
Jangkaan
Expectation xtinggi pada new-comer ni berbanding Sufian Suhaimi kerana banyak kali tgok live dia, FAILED bab emosi. Dia cuma nyanyi tapi dia xfaham apa yang dia nyanyikan sebenarnya. Itu masalah artis-artis baru kita. Emosi leaked. Belajarlah dengan Kak Misha. Eh... haha...

Lagu : Di Amaran Mama
Artis : Hazama 
Komposer : Ajai 
Penulis Lirik : Ad Samad 

Review
Sebuah lagu catchy dari Hazama yang menceritakan tentang seorang lelaki yang pernah diamaran oleh mamanya mengenai kehadiran yang mungkin memberikan warna dalam hidupnya. Mesej lagu yang bagi saya agak baru dalam industri seni berserta dengan penyampaian Hazama yang kekadang bersahaja membuatkan lagu ini menjadi sebuah lagu yang mempersonakan. Dari segi vokal, dia agak mudah berbanding lagu Hazama yang lain NAMUN Hazama memerlukan stamina yang tinggi untuk menyampaikan dengan bertenaga.
Jangkaan
Hazama selalu memberikan kejutan sepnjg persembahannya di AJL terutamanya dengan konsep kain layar sewaktu lagu Malaikat 2 tahun lepas. Namun, adakah Hazama akan membawa konsep magician seperti yang ditonjolkan di dalam video preview AJL31? Kita nantikan mlm ni.

Lagu : Obses
Artis : Akim & The Majistret
Komposer : Hang Nadim
Penulis Lirik : Laq

Review
Akim semakin lost dalam penghasilan muzik dia. Hilang taring yer selepas lagu Potret dan Mewangi. Lagu2 yang dihasilkan seakan dihasilkan dalam keadaan luar sedar. Yes. Lirik yer sangat puitis namun begitu mendalam untuk difahami sekiranya pendengar mencari hiburan ringan sebagai halwa telinga. I hope Akim & The Majistret will take a rest for them to produce a great song in future. Rest bro.
Jangkaan
Peluang untuk mengulang kejayaan yang dilakukan pada tahun lepas agak tipis kerana banyak lagu yang hebat dipertandingkan. Namun, Akim please dont overdo in anything you do. Please be simple Akim that i know during Akademi Fantasi. You not My Chemical Romance or The Beatles, but you are Akim and The Majistret. Good luck.

Lagu : Setia
Artis : Elizabeth Tan & Faizal Tahir /  Awi Rafael 
Komposer : Faizal Tahir/Mike Chan/Ezra Kong
Penulis Lirik : Faizal Tahir/Mike Chan/Ezra Kong

Review
Sebuah lagu yang indah untuk pasangan yang baru berkahwin, baru bercinta, hangat bercinta dan sebagainya. Sebuah lagu yang memperjuangkan mesej setia yang sangat tinggi seperti title lagu yer. Malah, suara Lizzy yang agak seksi memberikan impak kepada lagu. Ada masanya, lagu ini memberikan feel yang sama seperti yang disampaikan oleh Jac dengan Rio Febrian dalam Ceritera Cinta namun mesej lagu dan range vokal yang berlainan.
Jangkaan
Lagu ini mungkin menjadi penantian ramai penonton malam ini. Namun personally, saya hanya mengharapkan Awi dan Lizzy dapat memberikan persembahan yang terbaik sahaja. Tiada expectation diberikan.

Lagu : Kalah Dalam Menang
Artis : Syamsul Yusof & Mawi 
Komposer : Syamsul Yusof
Penulis Lirik : Syamsul Yusof

Review
Sebuah lagu yang bukan di-underestimate oleh setengah-tengah pendengar muzik tempatan. Sebuah lagu yang penuh sarat dengan mesej islamik yang mungkin memberikan rasa sentap kepada setengah-tengah yang mungkin memperakui silapnya sewaktu mendengar lagu. Penyampaian rap Shamsul Yusof yang boleh dikagumkan bersertakan vokal Mawi yang sentiasa memberikan emosi membuatkan lagu ini menjadi sebuah lagu yang hebat. Malah, ia memberikan rasa keinsafan kepada manusia yang sentiasa mencari kemenangan dalam kehidupan hakiki namun realiti mereka kalah di mata Maha Teragung. Wow... (Sentap kejap)
Jangkaan
Berdasarkan kepada persembahan semi Final AJL, i think Shamsul will do something big during the final tonight. Sekiranya mereka berjaya melakukan gimik yang gempak. Kemungkinan mereka akan memberikan impak dalam persembahan mereka dan kemungkinan ia akan memberikan goose-bump pada penonton AJL malam ini. 

Lagu : Hang Pi Mana
Artis : Khalifah
Komposer : Harry Khalifah 
Penulis Lirik : Yabang Khalifah

Review
Siapa tidak kenal kumpulan Khalifah yang sentiasa menghasilkan lagu yang melambangkan sesebuah budaya melalui lirik, muzik dan sebagainya. Namun, lagu Hang Pi Mana ini mempunyai showmanship yer tersendiri walaupun berdasarkan kepada recording. TETAPI, muzik yang digunakan seakan-akan melodi muzik lagu Thai yang pernah didengari dalam sebuah citer Thai tapi xingat nama movie dia. Overall, lagu ni kuat kepada mesej dan budaya yang diketengahkan dalam lagu. 
Jangkaan
Mungkin malam ni pentas akan penuh dengan koir yang akan menyanyikan part Hang Pi Mana Hang Pi Mana tu... haha... Namun, saya merasakan persembahan Khalifah kemungkinan akan memeriahkan persembahan AJL pada malam ini.

Lagu : Anugerah Terindah
Artis : Black
Komposer : Omar K 
Penulis Lirik : Omar K 

Review
Anugerah Terindah merupakan runut muzik kepada drama 'Sayangku Kapten Mukhriz'. Secara personally, lagu ini merupakan lagu ballad yang sama seperti pernah dinyanyikan oleh Black sebelum ini. Lagu seakan tidak memberikan perasaan yang berbeza berbanding lagu yang dipertarung sewaktu AJL 30, Takkan Terpisah. Malah, kekuatan vokal Black memang tidak disangkal lagi. Namun apa yang baru untuk diperdengarkan?
Jangkaan
Another singer yang semakin lama semakin hilang taring yer. Talent yang dikagumi sewaktu Mentor terdahulu seakan semakin pudar sinarnya. Kekecewaan diiringi kekecewaan yang tiada putus menyebabkan persembahan lagu seakan tidak dinanti-nantikan. Tgok jerlah mlm ni.

Secara keseluruhan, lagu AJL 31 adalah lebih menyengat berbanding AJL 30...
Malam ni pasti menjadi yang dinantikan oleh peminat muzik tempatan...
Berikut merupakan 3 lagu pilihan saya...
1. Lelaki Teragung - Dayang Nurfaiza
2. Kalah Dalam Menang - Mawi dan Shamsul Yusof
3. Terimaku Seadanya - Hafiz ft Misha Omar / Selamanya Cinta - Shila Amzah ft Aliff Sattar..

p/s: Kalu sesiapa nak tgok live comment saya... boleh follow wechat-shabiwong