..

Nothing in this is PERFECT
Showing posts with label life. Show all posts
Showing posts with label life. Show all posts

Saturday, March 1, 2014

MAWAR



Aku sekuntum mawar...

Aku sering dipuji oleh hidupan yang lain kerana keharuman diri ku.

Namun, aku tahu...

Tarikan aku terhadap hidupan yang lain bukan kerana kewangian ku tapi ia kerana kemanisan madu yang dimiliki oleh aku...

Terutamanya kepada si kumbang... 

Shit... Aku tidak percaya kepada si kumbang. Bagi aku, si kumbang adalah musuh utama kepada semua spesies aku.

Mereka mula hadir di samping hidup si bunga dengan niat untuk melindung si bunga. Tetapi disebalik niat itu terselit niat jahat mereka untuk menghisap segala madu yang dimiliki oleh spesies aku.

Memang benar bukan semua kumbang seperti itu tetapi kemungkinan untuk bertemu dengan kumbang yang benar-benar melindung si bunga seperti mencari jarum dalam jerami. Sangat rumit kaedahnya.

Namun, kecantikan rupaku yang tidak seperti bunga yang lain menyebabkan aku begitu mudah mengoda si kumbang untuk mendekati diri ku.

Tambahan lagi walaupun aku sekuntum mawar yang dipenuhi oleh duri tetapi si kumbang tidak pernah takut pada diri ku. Malah, mereka semakin berani mendekati diriku dan sering menjadikan aku sebagai sasaran utama mereka. Ini kerana mereka menganggap aku sebagai cabaran utama mereka. Bull shit semua itu.

Mereka fikir aku ni ingin sangat ker nak mendekati diri mereka yang hodoh itu... Euuwww... Mati hidup semula pun, aku tak hadaplah...

Tapi nak buat macam mana kan... Ramai manusia cakap iman manusia tu umpama senipis kulit bawang... Macam tu juga perasaan aku sebagai sekuntum bunga yang juga makhluk Allah S.W.T  ni... Berapa lama lah aku leh tahan daripada didekati oleh kumbang-kumbang ni.

Walaupun diri aku ni cantik... Tapi kekadang aku rasa hidup aku ini sunyi... Hanya menjadi perhiasan kepada manusia dan menjadi dahan tumpangan kepada kumbang gatal yang datang menyinggah dalam hidup ku untuk sesaat... Hidup ku sebagai sekuntum Mawar memang tiada maknanya.

Hakikatnya, aku memang ditakdirkan untuk hidup seorang...  Aku memang ingin dicintai dan mencintai mereka yang ingin mendekatiku tetapi aku takut.

Aku takut sekiranya mereka mencintaiku... Mereka akan terluka. Lumrah hidupku sekuntum bunga yang pada mulanya memang harum dan merah warnanya tetapi musim yang bertukar merupakan kitaran hidupku...

Pada musim bunga, aku dibanggakan oleh manusia dan kumbang kerana diriku yang cantik dan harum. Aku pun bangga dengan keadaan ku pada musim bunga namun musim berganti kepada musim luruh merupakan musim kitaran penghujung hidupku, diriku mula memburuk...

Tiada lagi haruman wangi...

Tiada lagi merah warnanya...

Pada musim luruh, diriku umpama bunga kertas yang tiada haruman...

Kelopak ku kian gugur satu persatu sehingga diriku menjadi botak...

Daun yang menjadi tangan ku selama ni turut gugur menyembah bumi.

Batang ku yang selama ini menjadi tulang belakang ku semakin lama semakin lemah sehingga ku semakin hari semakin menyembah bumi. Pada penghujung musim luruh... Diriku mula menyembah bumi tidak bernyawa... 

Manusia hanya mengutipku lalu dibuang ke dalam tong sampah... Namun itu dikira baik kerana tidak semua mawar beruntung seperti itu... Setelah gugur menyembah bumi, sesetengah dari kami hanya dipijak oleh manusia...

Ini kerana pada musim luruh, kami umpama sampah dimata mereka. Kami tidak lagi dipuja. Kumbang pun tidak ingin mendekati kami. Kami dipandang jijik oleh mereka.

Memang benarlah kata Penciptaku... Bahawa kecantikan fizikal yang dimiliki oleh aku sekarang tidak kekal abadi kerana tiba waktunya kecantikan ku ini akan ditarik semula. Aku memang tidak patut egois akan kecantikan ku itu kerana hidupku hanya sementara dan kini tiba masanya aku kembali kepada penciptaku.
Itu lah kitaran Mawar Berduri yang hanya dipuja pada musim bunga dan disingkirkan pada musim luruh...

Tiada benda yang kekal abadi kecuali iman kepada-Nya.

Wednesday, January 8, 2014

2014

Sedar tidak sedar..
Kini kita telah pun berada dalam tahun 2014...
Sudah 8 hari 2014 telah bermula...

Aku baru sedar yang tahun ni aku xbuat pun entry pasal Tahun Baru macam yang sebelum2 yer ni... hehe...



Semuanya sebab kesibukan...
Aku bukan lagi student yg banyak masa untuk menghadap semua medium sosial....
Aku kini dah bergelar pekerja sepenuh masa yang hidupnya sentiasa memikirkan kerja...
Selepas waktu kerja pun hanya ada waktu untuk rehat sahaja...

Sebenarnya...
Aku rindu zaman belajar aku...
Aku leh buat apa jer yg aku...
Cuma aku xsuka zaman belajar aku adalah... aku xada duit...

Aku serius aku suka shopping, aku suka makan, aku jalan2...
tapi masalahnya kalu xada duit mcm mana aku nak dapat buat semua tu kan... haish...
nak tak nak aku lebih memilih jalan untuk berkerja... berbanding aku bersenang lenang sebagai seorang pelajar...

PERKARA YANG AKU RINDU SEPANJANG 2013...

DIVA-DIVA SEANTERO


Aku rindu diorg semua... Yuss, Qamar, Inas, Solihah, Yanie, Nina, Danial, Ashraf, Wahid, Ijoy, Wan Nash, n Syahmi... Tak lupa juga Ika... tapi masa ni dia xada dalam gmbr coz dia xjoin pun malam dinner kami tu... 

GENG-GENG KOM USM 2010-2013


Kalu dah nama budak kom... kalu x bnyk drama, xbnyk ragam, xmcm2 perangai... bukan budak kom namanya... haha... selama 3 tahun dengan diorg... sumpah mcm2 perkara aku hadap dari gembira sehingga ke yg sedih semua tapi tempuh bersama... 
apa2pun aku rindu pengalamn IMPACT 2013 dengan korg semua... bnyk aku belajr dari situ...
THANKS KORANG...

VIRUS MPDCG 


Bila aku stress diorg paling dekat ngan aku... kitorg huha sama2... kitorg kerja sama2... kitorg gaduh sama2... mcm2 aku buat ngan geng ni... aku rindu dengan projek wakaf CG tu... bila lah leh aku datang tapi insyallah sblum hujung tahun ni aku akan dtg juga USM tuk melawat mereka2 semua ni... hehe...

SUKAD AEROBIK USM...


Sejak tamat belajar dari USM ... aku rasa aku makin jauh dengan dunia aku... dunia yg lincah... dunia yang pantas... dunia yang sihat... aku rindu zaman menungguh tiba musim SUKAD AEROBIK ni....
setiap desa semua nak mempersembahkan yg terbaik... cuma nasib aku tak berapa baik kerana tahun ni aku kalah tapi aku puas coz koreografi aku disukai ramai... AWESOME... hehe

3 SUARA


3 minah ni adalah 3 dara pinggitan yang sangat penyabar melayan perangai aku sepnjg tahun terakhir...
dari kiri Fyza Baizura, Syahirah Victor dan Athirah Amzah... hehe... diorg nmpk alim tapi bila perangai nates diorg kuar... aku pun xcaya itu diorg... hahaha... btw thanks korg bertiga coz sanggup berkawan dgn aku... haha

CONVOCATION... 

 
aku rindu moment ni... walaupun hanya seketika tapi moment ni lah aku akan ingat buat selama2nya... hehehe...
aku sendiri xsangka Allah S.W.T masih memberikan aku rezeki untuk sambung belajar sehingga tahap yang begitu tinggi... ALHAMDULLILAH YA ALLAH... :-)

KELUARGA BARU AKU...


Inilah fasa baru dalam hidup aku... Keluarga baru ku yang begitu ceria dan sentiasa membawa kebahagian kepada aku setiap hari... walaupun tak semua mungkin gemar akan perangai aku tapi ada aku kisah... yg penting aku buat kerja aku... hehe... apa2pun korg semua BEST... 

MOSTLY AKU RASA...
KEBANYAKKAN YG AKU RINDU ADALAH MOMENT BERSAMA INSAN YG BERHARGA DISEKELILING KU...
WALAUPUN GMBR KELUARGA AKU, AKU TAK LETAK TAPI DIORG TETAP BERADA DITANGGA YG ISTIMEWA DI HATI AKU...

Apapun 2014 telah menjelma...
aku harap tahun ni aku dapat yg lebih better dan aku akan sentiasa akan buat yg terbaik dalam hidup aku...
Objektif untuk tahun ni, aku tak fikir lagi... aku cuma nak follow the flow jer...
coz t aku rancang mmg xpernah jadi rasanya...
so aku redha n mengikut jerlah qada dan qadar-Nya jerlah... hehe...

p/s: SHABI FOREVER FIERCE... DONT EVER TOUCH HIM... hehe...

Tuesday, July 9, 2013

THE LESSON FROM FASTING MONTH



Esok hari yang bertarikh 10/07/2013, semua umat islam di seluruh dunia akan mula berpuasa...

Alhamdullilah... Setelah setahun Ramadhan 2012 meninggalkan kita...
Sedar tak sedar, akhirnya Ramadhan 2013 kembali semula...

Aku suka bulan Ramadhan...
Kerana bulan Ramadhan merupakan bulan yang paling tenang bagi aku...

Hampir setiap tahun, aku mesti menantikan bulan ni...
Bukan kerana makanan yang dijual di Bazar Ramadhan atau sebagainya...
Tapi ada benda lain yang aku rasakan secara rohani menyebabkan aku merasakan bulan ni sangat istimewa di hati aku...

1. Bulan Ramadhan adalah bulan mengajar kita erti sifat amanah

-Kita berpuasa tiada siapa yang perhatikan kita kecualilah kita ni budak kecil tapi yang dewasa tu kita bebas dan tanggungjawab melaksanakan tanggungjawab ni adalah pada diri kita sendiri... Pada ketika inilah, semua umat islam haruslah bertanggungjawab pada diri mereka sendiri. Oleh itu, ketika ini jugalah masa yang sesuai untuk kita menyemai sifat amanah dalam diri kita sendiri... So good luck everyone...

2.Bulan Ramadhan adalah bulan mengajar kita erti kepayahan yang dirasai oleh orang lain

-Pernah tak kita merasa apa perasaan orang miskin yang tidak berkemampuan untuk makan dan sanggup berlapar berhari2 hanya kerana tidak mempunyai wang untuk mencari makanan untuk dimakan... Oleh itu, bulan Ramadhan mengajar diri kita agar kita lebih bersyukur dan turun merasa apa yang dirasa oleh orang lebih kurang kemampuan diri kita... Malah, masa beli makanan kat Bazar tu berfikir dan beli seadanya jangan ikut nafsu. 

3. Bulan Ramadhan adalah bulan mengajar kita erti kesabaran

-Seharian kita merungut dengan diri kita, dengan masalah yang kita hadapi setiap hari dan macam-macam lagi. Tapi masa bulan Ramadhan nilah, kita dapat menyemai sifat kesabaran agar tidak marah2 malah kita benar mendalami bulan Ramadhan ni mesti kita lebih menjadi seorang yang lebih tenang dan tidak mudah marah2 orangnya.

4. Bulan Ramadhan adalah bulan yang menyihatkan

- Ada pepatah berkata "Perut adalah tempat penyakit, Makanan yang sedikit di dalamnya adalah penawarnya." Walaupun dari segi sains, mereka menyatakan badan manusia yang berkurangan air dan makanan akan terjejas prestasinya. Tapi cuba kita fikir balik sekiranya makanan asyik masuk jer, perut kita asyik berkerja dan bila masa perut kita tu nak berehat? So bulan Ramadhan lah adalah bulan yang sesuai untuk memberi masa untuk perut kita berehat... Bukan sahaja perut juga, tapi organ lain juga dapat berehat...

5.Bulan Ramadhan adalah bulan keampunan

- Selama 11 bulan yang lalu, hidup kita dah menempuh macam dari yang memberikan pahala sehinggalah kepada yang memberikan dosa... Tapi masa bulan inilah, kita memohon kembali keampunan dari-Nya atas segala kesalahan yang pernah kita lakukan sebelum ni... Tapi berpuasalah atas dasar keimanan bukan atas dasar nak diet yer semua... betul paksi niat tu... :-)

Sebenarnya banyak pengajaran yang boleh kita pelajari dari bulan Ramadhan...
So sama kita menyemarakkan bulan Ramahdan ni dengan perkara yang berfaedah seperti bersedekah, baca Quran, berdoa, bertawakal, dan sebagainya pada diri kita...

P/s dari SHABI...
Kurang berteknologi kerana dari teknologi sebenarnya kita dapat dosa2 kecil yang akhirnya menyumbang pada dosa besar... Good luck semua... :-)

Saturday, June 22, 2013

GOODBYE USM




Wah hebat... entry letak logo USM... haha...
Sedar tak sedar akhirnya aku sudah pun berada di hari terakhir aku di Universiti Sains Malaysia...

Begitu banyak kenangan...
Begitu banyak cerita...
Begitu banyak memori...
Yang tidak dapat aku kongsikan dalam penulisan blog aku kali ni...

Pelbagai perasaan aku rasa ketika ini...
Sedih... coz aku bakal meninggalkan banyak kenangan, sahabat, kebebasan dan sebagainya...
Gembira... coz aku sudah menamatkan ijazah sarjana muda aku...
Teruja... coz aku bakal memasuki level baru dalam kehidupan aku iaitu dunia berkerja...
Takut... Kekejaman relaiti kehidupan.. hehe...
Bosan... Coz aku xleh bebas mcm dulu lagi coz waktu kerja t mesti xsama mcm masa belajar ni...
dan mcm lagi2...

Aku pasti akan rindu semua kenangan semasa aku belajar kat USM...
Senarai 10 kenangan yang akan aku rindu...
1. Aku akan rindu kenangan aku perform kat Dewan Budaya, Pelenggang, Panggung Sasaran, dan DTSP... Hampir semua tempat aku pernah perform so aku rasa agar tak terkilan sgat untuk meninggalkan USM ni... :-)

2. Kenangan aku jatuh motor... Sebenarnya benda tu masih segar lagi dan aku masih fobia nak naik motor.... Tapi lumrah lelaki kan kalu xada kenangan ngan motor bukan lelaki namanya... haha...

3. Kenangan aku datang lewat ke exam... haha... DUP A atau B yang menjadi saksi kepada kelewatan aku... Alhamdullilah walaupun lewat tapi atas kebaikan Dr Nik... Aku masih dapat menduduki peperiksaan tu.. yang xleh blah tu aku lewat 30 minit kot... haha...

4. Rindu berjalan malam dari Khaleeq ke CG... itu mmg kerja aku masa 1st year... haha... kekadang paling giler aku pernah berjalan ke Khaleeq pada pukul 1 then blik kul 3 lebih... giler2... haha

5. Aku akan rindu kedai karaoke seringgit kat BJ tu... hahaha... tempat wajib sekiranya stress, bosan dan sebagainya melanda diri... haha.... 

6. Queensbay mall... rumah kedua aku... haha... aku suka QB berbanding mall lain coz dia dekat... dia ada semua yang aku nak.. so buat apa aku g sampai gurney, 1st avenue kalu semua tu jauh n xada yg aku nak... hehe

7. Aku akan rindu kerja aku sebagai MPD CG... 3 tahun aku pegang jawatan tu daripada kat bawah, atas n bawah blik... aku tetap setia berkerja untuk MPD CG... bukan kerana nama atau sebagainya tapi coz aku sedar itu tanggungjawab aku sebagain penghuni CG bukan penghuni yang tahu duk bilik jer.. hehe...

8. Bilik 215A/ H35... bilik aku sepnjg belajar kat USM dari tahun 2 sehinggalah aku tamat ni... bilik banyak kenangan dan bilik tu juga studio mini tarian aku... bilik room mate keluar jer... aku mulakan latihan aku...
hahaha... i wil miss this room... 

9. Aku akan rindu pimpin siswa... team sarjan misai... team pimpin siswa yang terbaik pernah aku join.. aku xmenyesal pun xdapat join team pimpin siswa idaman aku... coz bagi aku team pimpin siswa sarjan misai
adalah team yang terhebat dan banyak aku belajar sepanjang menyertai program ni.

10. Last sekali aku akan rindu semua kawan2 aku yg banyak bagi kenagan aku dari sedih ke gembira dan sebagainya... diorg bnyk mengajar aku erti kehidupan... huhu... korg mmg terbaik... geng diva-diva
seantero... geng kamen rider cg... geng komunikasi... geng mpd cg... dan ramai lagi... aku akan rindu 
      korg... :-)

p/s: setiap pertemuan pasti ada perpisahan... :-) lumrah...

BEST EAT-EAT PLACE IN PENANG

Selama hampir 3 tahun aku bermastautin di Penang...
First thing yang aku terfikir yg menarik kat Penang ni adalah makanan dia...
Masa mula2 aku fikir Penang hanya famous ngan Mamak-mamak dia lah.. huhu...
Tapi lama2 baru aku tahu Penang ni ada macam2 makanan yang membuatkan siapa yang kurus pada mulanya menjadi seorang yang debab... huhu...

so entry kali ni aku nak syokkan lah beberapa tempat makan yang aku suka pergi... huhu...
dan ia tidak mengikut urutan mana yang paling sedap coz aku suka makan... semua tempat aku makan... huhu...

1. ASK ME BURGER
-Ask me why i like this eat-eat place? haha... Kerana kan sini adalah burger dia sangat sedap... Lokasi dia terletak kat Food Court Bukit Gedung...  Burger dia x fancy lah mcm Burger Rockstar atau Burger Bakar Abang Burn dan sebagainya kerana Burger dia simple tapi ramuan dia tu diadun ngan baik apabila memasuki mulut... dia ada mcm2 jenis burger... malah harga dia sangat berbaloi... huhu... okay fine tempat pertama ni jer dah buat aku terliur... haha...

ASK ME BURGER PUNYA BURGER


2. DENAI TROPIKA
- Aku xsure betul ker x nama kedai tu coz yg aku tahu nama kedai tu adalah Denai... (coz kawan aku semua panggil mcm tu) Kedai ni pernah masuk jalan2 cari makan... aku suka g coz Orange Ice Blended dia sangat awesome... selain dia masakan dia leh tahan juga... aku selalu g sana aku suka makan ayam cili padi dia... sedap x pedas sgat... huhu... dan aku suka juga ayam masak manis dia... boleh dikatakan semua dish dia sedaplah... huhu...

ni suasana kat sana... sangat esklusif k... huhu...
3. GURNEY DRIVE
- Gurney Drive ni kalu orang tak tahu tempat makan apa mesti ingat ada Pasembor jer... huhu... tapi sebenarnya kat Gurney Drive ni ada mcm2 makanan yang kita leh santap sampai licin... tapi pilihan aku kat sini adalah nasi lemak dia... huhu... nasi lemak sgat awesome okay... sedap nak mampus.. sumpah x tipu... huhu... pasembor menari tu pun sedap gak... haha... mai2lah singgah sini... sedap wei... sebelah dia jer Gurney Shopping Mall dah... huhu...



4. CHAR KUEH TIOW SG DUA SEBERANG.
- Sungai Dua ni bukan Sg Dua dalam pulau k tapi ni kat seberang iaitu luar dari pulau... kenapa aku cakap Char Kueh Tiow kat sini sedap? OMG.. dahlah banyak... sedap lak tu... udang dia fresh... sedap lah... kat area tu mmg penuh ngan kedai Char Kueh Tiow, Mee Udang dan sebagainya... tapi paling popular adalah kedai Char Kueh Tiow telur ayam dibasuh... haha... pelikkan nama dia... tapi situ mmg superb ah... hehe...


5. NASI KANDAR KAMPUNG MELAYU
- aku xpernah pergi tmpat ni tapi aku pernah makan nasi kandar dia... antara banyak nasi kandar kat Penang... aku rasa ni lah nasi kandar paling sedap yang pernah aku rasa... orang lain mungkin cakap nasi kandar beratur lah apalah tapi aku secara personal memilih nasi kandar yg kat sini adalah nasi kandar yang paling sedap pernah aku makan.. huhu..

Thanks Mr. Google... 
6. MEE SOTONG PAK HAMEED
- ni sekadar cadangan pada mereka lah coz aku xmakan mee ni... ramai kata sedap... dia kelihatan pedas dan sgat merah... so kepada peminat makanan ni korg leh lah dtg kat Food Courd area2 Padang Kota tapi bawa bersabar coz korg kena beratur... ramai giler orang... hehe...

Mengancam x? hehe...

7. SUP HAMID 
- kalu sejuk2 kat Penang ni (pernah penang sejuk? hehe...) mailah minum lak sup kat kedai Sup Hamid mcm sup ada kat sini... malah dia siap sediakan roti untuk kita makan bersama sup tu... sedap wei... sup dia mmg terangkat lah... haha... yg xpasti aku xtahu owner dia sama x ngan owner mee sotong kat atas coz nama diorg HAMID... hahaha... 

Sedpnya... hehe...

8. NASI BERIANI AYAM MILANI KAPITAN
- Kat Kapitan area Penang ni aku paling suka makanan ni... serius sedap... dia rasa2 mcm cheese pluas chicken chop gitu tapi bila dimakan dengan nasi beriani dia... terangkat wei.. sedap2... makin lapar aku rasa... haha...

nak makan... nak makan... hehe...
Cukuplah 8 makanan n tempat yang aku rasa dah cukup membuatkan perut kau berbunyi walaupun baru lepas lunch ni... haha... harap2 korg leh lah dtg ke Penang untuk menikmati kesedapan makanan ni.. hehe...

Kepada pengambilan baru 2013/2014 USM... korg mesti x menyesal stay kat Penang ni... SANGAT AWESOME... hehehe...

p/s: entry kegembiraan yang menutup kedukaan untuk meninggalkan bumi pulau mutiara ni...
layari juga entry aku lagi satu ni http://shabi9generation.blogspot.com/2013/06/goodbye-usm.html

Monday, June 10, 2013

7 MOST CLICHE PHOTOS ON INSTAGRAM



7 jenis gambar yang klise dan sering dipost dalam Instagram...

Hehehehe... Apakah 7 jenis gambar itu?

Adakah nada pun pernah melakukannya? hehehehe...

Jom kita saksikan... hehe...

Pertama: Gambar kaki aku cantik... haha...


Cuba check dalam instagram korang ada x pos gambar mcm ni... hehe...
Sometime org nak tunjuk gambar ni bukan sebab gmbr kaki diorg cntik ker apa ker... tapi mcm nak tunjuk lah diorg ngah berehat... hehe... relaxing... kaki kan paling banyak bergerak so bila berehat kaki lah anggota pertama untuk dipos dalam Instagram... haha...

Kedua: Awan yang Terpilu...


Yang ni memang klise... malah aku pun selalu buat... hehe...
bukan apa awan mmg cntik kot bila pagi n petang... hehe...
malah mcm mengagumi kecantikan ciptaan Allah s.w.t... :-)

Ketiga: Aku makan makanan ni... Ko hado?


ni mcm satu sindiran pada semua kaki gadgetlah... bila g makan tempat unik sikit ker sedap sikit..
jap agi adalah gmbr makanan yang dia upload... hehe... 
motif? nak makan makan jerlah... bukan ko kongsi gmbar tu boleh bgi orang lain makan... haha...

Keempat: Kata-kata Perangsang... 


Ni perkara biasa terutamanya kepada yang pakai Ipong tu lagi2 yg guna apps Piclab tu komfem Instagram diorng penuh ngan gambar2 mcm ni n kata2 perangsang... huhu...

Kelima: Gambar bangunan tinggi...


Kalau kat Malaysia... Bangunan paling popular ngan jenis gambar mcm ni adalah Bangunan Menara Berkembar... hehe... komfem semua amik gmbr tu dari bawah xpun Menara K.L coz tinggi sgat... hehe

Keenam: Print Screen SMS atau Twitter atau Facebook dan sebagainya...


Perkara tipikal juga ni... selalu juga aku jumpa kat Instagram aku...
Hrm... malah ada satu tahap benda yang xpatut kongsi pun nak kongsi juga...
such no life... haha...

Ketujuh: Jom amik Gambar Depan Cermin...


Aku xsuka gmbr mcm ni... hrm... tapi selalu gak buat tapi xpos... masalahnya fon mahal2..
kan ada kamera depan buat apa lah ko g cari cermin then pos capture gmbr korang...
lagi kalu xboleh blah kalu gmbr tu diambil dari cermin tandas... haha..
tak ada tempat lain ker? hahaha....

Setakat ni jerlah... pengkongsian blog aku kali ni... hahaha...
Tak ada niat nak mengutuk tapi just opinion jer... hehe..

kalu rajin follow lah instagram aku... SHABILICIOUS...
hehehe...

p/s: xsemua manusia berfikiran lain dari yang lain... semua sama jer... hehe..

Friday, June 7, 2013

AKADEMI FANTASIA IS BACK...

Setahun yang lalu...

Akademi Fantasi yang ke-9 adalah AF yang terakhir akan diadakan...

Itulah kata2 yg aku ingat pasal AF ni...

Namun 2 minggu lepas... 

Tertiba kuar iklan kat Page FB Stacy (Juara AF6) menyatakan AF akan kembali untuk musim yang ke-10...



Hrmmm... Tertiba jer kan... Tak ada angin xada ribut yang bertiup kini AF kembali...
Apakah faktornya? Hrm... Itu kena tanya pihak ASTRO lah kan... hehe...

Entry ni aku tulis coz esok audition AF akan berlangsung kat Pulau Pinang iaitu kat Hotel Vistana, Penang...
So aku komfem esok Hotel Vistana akan penuh dengan wajah2 penuh harapan untuk menjadi Juara Musim Terbaru AF kali ni...

Mesti hebat2 yang datang ke audition esok dan ahad nanti kan...

Kini mengimbau sejarah lah...
Kalau setakat research pendek yang aku buat ni...
Juara AF yang datang dari Penang hanya seorang jer iaitu Mila...
Penyanyi kecil yang terkenal dengan lagu dia Persis Mutiara, Ilham di Matamu dan mcm2 lagi...

Nasihat aku pada yang pergi audition? Hahaha...
Aku pun xpernah pergi audition tu tapi aku cuma leh cakap kalu korg g audition tu
1. Jadi lain daripada yang lain...
2. Just be yourself...
3. Tahu limit korang...
4. Jangan angkuh ngan bakat korang tapi jadi low profile lagi Allah berkat... hehe...
5. N last sekali buat yang terbaik... jadikan ini sebagai pengalaman jer... kalu dapat alhamdullilah... kalu xdapat... redha... hehe...

Last sekali... 
Aku harap AF kali ni xmcm2 AF sebelum ni lah... 
Aku rindu AF masa zaman Mawi, Zahid sangat best, berbakat, sengit, awesome n mcm2 lagi... 
Aku harap AF kali ni akan kembali zaman kegemilangan AF mcm pada satu masa dahulu...

p/s: kepada yang pergi... jangan fikir glamour... tapi fikirkan nasib industri muzik kita ni... huhu...



Thursday, June 6, 2013

400,913,871 WATCHED GENTLEMAN MV... WOW!!!


PSY...

Siapa tak kenal mamat muka dari negara Korea ni yang pernah terkenal dengan Gangnam Style pada tahun lalu kini telah kembali dengan single baru selepas Gangnam Style iaitu Gentleman...

Entry kali ni bukan aku nak cerita pasal comeback dia ngan lagu Gentleman tu...
Tapi aku bercakap pasal kejayaan lagu Gentleman yang lebih memberangsangkan berbanding lagu Oppa Gangnam Style tu...
Hrm...

Kenapa aku cakap tu?
Berdasarkan kepada sumber sahih iaitu YOUTUBE...
Jumlah tontonan MV (Music Video) Gentleman adalah lebih pantas daripada jumlah tontonan lagu Gangnam Style...
Sila lihat graf dibawa... wah dah mcm buat kajian dah ni... hehe... ini kalau lecturer aku tgok ni bangga dia kejap ngan aku... haha...


Berdasarkan kepada graf ni (sumber: YOUTUBE pada bulan April lalu) menunjukkan jumlah tontonan MV Gentleman sudah MELEBIHI 10 ribu tontonan dalam masa kurang daripada 5 hari manakala Gangnam Style nak cecah 10 ribu tontonan pun tunggu sampai lebih dari 50 hari... sedih... haha...

Jumlah terkini pula menunjukkan Gentleman telah ditonton sebanyak 400,913,871 manakala Gangnam Style masih kekal mengungguli dengan jumlah tontonan sebanyak 1,639,987,549 tontonan... WOW!!!

Pada pendapat aku lah... kejayaan dia ni pun sebab kesungguhan dia menjual diri dia untuk berjaya dalam pasaran luar negara... Yelah siapa xnak berjaya kat Hollywood kan... huhu... aku pun nak... hehe... 

Tapi dengan jumlah tontonan yang mengagumkan ni... terdetik juga rasa di hati bila lah artis kita nak ada jumlah tontonan MV yang mcm ni... bukan nak bandingkan kejayaan artis kita ngan artis luar melalui jualan atau jumlah tontonan MV tapi itulah kan jumlah tontonan kat YOUTUBE ni juga menunjukkan berapa ramai orang luar yang tahu kehebatan yang ada kat Malaysia ni... Hrm... Aku harap satu hari nanti adalah artis kita yang bakal mewujudkan fenomena yang mcm ni... HOPEFULLY... huhu...

P/s: kepada yang bakal jadi peserta AF tu janganlah abaikan peluang tu... gunakannya sebaik mungkin agar korang bukan dicop sebagai artis mee segera lagi... huhu... :-)

Come Back Again

Assalamualaikum dan apa khabar semua?
Wah skema sungguh aku punya mukadimah entry aku kali ni... hehe...
Entry tajuk 'come back again'... wah mcm artis korea dah ni nak comeback2 bagai... haha....

Mana aku menghilang?

Tak menghilang mana pun ada jer kat bumi minden, pulau pinang ni menghayati detik2 terakhir aku kat USM n sebelum aku bergraduasi bulan 9 nanti... insyallah.. huhu...

Kenapa mendiamkan diri seketika?

Wah... saya mendiamkan diri kerana... haha.. (jawapan mcm artis lah pula) haha... aku xaktif blog kebelakangan ni coz sibuk ngan fyp (final year project) aku n mcm2 benda aku kena uruskan... lagipun ngan lappy aku si yoobi aku yg ngah nazak tu menyukarkan aku lagi nak update2 blog ni... huhu...

Apa yg menarik ngan come back kali ni?


Entah aku pun xpasti coz aku pun bukan blogger terkenal so aku xperlu nak fikir entry2 gempak... aku buat entry ikut suka aku jer.. hehe... tapi TERIMA KASIH juga kepada pembaca blog aku ni... hehe... yelah korg sanggup baca tulisan aku yg xberapa nak awesome ni... hehe... 

Tapi yg pasti aku cuba menulis yg terbaik kepada peminat blog 'TALK TO MY HAND' ni.... hehe...


Klah... chow dulu... jumpa kat entry seterusnya k...

Xoxo shabilicious


Thursday, March 7, 2013

I'M NOT ROBOT

Semua orang fikir hidup aku yg ceria ni sentiasa senang, free dan sebagainya...

Tapi semua anggapan itu hanya lakonan yg korg nmpk... itu bukan aku... aku lebih suka simpan kesedihan aku dari pengetahuan org... kecuali kawan rapat aku jer tahu bertapa lemahnya aku...

Aku bukan nak buka pekung sendiri...
Tapi itulah aku.. selama ni aku hidup dlm keadaan hipokrit dgn menipu semua org dgn menunjukkan aku sedang bahagia...
Tapi kebenarannya aku bukan mcm tu... aku bukan manusia yg mempunyai satu perasaan jer... aku pun boleh nangis juga...

Atau dalam ayat mudahnya aku ni bukanlah robot yg hanya berperasaan mengikut apa yg org lain inginkan...
Tapi org selalu ckp jer apa yg diorg nak ckp pada aku tanpa fikir perasaan aku...
Mungkin aku pernah buat mcm tu pada yg laen tapi jika aku tahu aku salah. Aku akan cepat2 minta maaf....
Tapi sebhgian lagi hanya masih kekal ngan ego ko... mentang2 lah ko brrpangkat... suka hati ko jer nak ckp apa yg ko nak ckp...
Remember skung ko berada diatas...
Jgn smpai ko jatuh... brulah ko sedar...

P/s aku stress ngan sem last...

Sunday, February 17, 2013

BEAUTY FROM HEART

Biar muka tak cantik atau tak hensem, asal budi bahasa ko tinggi pasti ko akan dipandang...
Itu pendapat aku mengenai personaliti seseorang itu...

Coz ramai aku jumpa wanita cntik n lelaki yang hensem tapi...
Personaliti dia terutamnya dari aspek budi bahasa atau respect pada org lain sgat hancur...
Aku tahu ko cntik, ko hensem n ego ko akan jadi tinggi...
Tapi kena ingat semua benda itu hanya sementara n subjektif jer...
Bila tua, cntik ngan hensem tu akan berubah juga xadanya kekal...
Kecualilah kamu semua ada kuasa kecantikan abadi lah...
Itu pun kalu adalah... haha...

Tapi aku nak citer pasal sorang senior aku ni...
nama dia Nisha Fatihah...
Dia kawan aku n boleh dianggap kakak aku gak kat USM...
Personaliti dia sangat aku respect...
Dia cantik orangnya tapi kecantikan dia tu dtg daripada hati dia...
Maksud aku kebaikan hati dia telah menyerlahkan lagi kecantikan dia...
Cantik dia dari hati... Itu personaliti yang bagus bagi aku...

Kita xperlulah nak make up tebal2...
Kita xperlulah nak pakai baju cntik n up to date...
Jika hati kita ngan orang lain masih ada hasad dengki n cemburu pada orang lain...
Perkara ini aku tak tujukan pada sesiapa tapi untuk mengingatkan satu sama lain jer...

Kenapa aku kuarkan entry ni?
Aku xada motiff apa2pun 
Tapi kita kena ingat personaliti kita ini akan mengambarkan diri kita mcm mana...
Aku rasa kalu semua mampu menghasilkan kecantikan dari hati pasti semua org akan kelihatan cntik bagi aku...
tak kisah wajah ada bagaimana tapi hati yg ikhlas akan melahirkan pancaran nur yang mampu memberikan ketenangan pada orang lain...
mcm kata rihanna... shine bright like a diamond...
kecantikan dari hati akan menyinar kita seperti permata yg sentiasa teguh, bernilai dan menawan...

oleh itu, jom kita melatih diri kita untuk melahirkan kecantikan dari hati...
jika nak cantik itu apa kata kita cantik luar dalam...
barulah kecantikan sejati namanya... hehehe...


p/s kecantikan dalaman adalah kecantikan sebenar...

Tuesday, January 22, 2013

ANOTHER HISTORY IN MY LIFE...


Assalamualaikum pembaca blog semua dan juga penulis blog sekalian….
Apa khbr? Amcm cuti kepada yg bercuti 2? Best x?
Hahaha…. Skema sungguh… hehe…
Ok cuti2 pun xbermakna xleh update blogkan…
Minat xleh henti2 mana pun… kan mana2 pun boleh yg penting azam…
Amboi pnjg lak aku berceloteh…. Hahahha…

Klah… Hrm.. Entry kali ni nak citer pasal apa eh?
Ok nak citer pasal pengalaman aku belajar bawa motorlah..
Mungkin agak lawak coz umur dah 20 lebih baru nak bljar bawa motor… Sedih sungguh…. Haha…
Nak wat mcm mana… masa ni lah bru ada peluang… hahaha

Semalam adalah pertama kali aku belajar menunggang…
Mlm semlm gaklah aku bawa anak sedara aku yg ajar bawa motor 2 round satu round taman tmpat tinggal aku ni…
Hebat? Hebatkan… Satu tepukan please… hahaha… bongoklah ko shabi…

Hari ni lak tadi aku bawa kakak aku g kedai…
Babak lawaknya aku dah selamat smpai kedai…
Tapi lawaknya aku lupa nak turunkan stand motor.. apa lagilah kakak aku menjerit coz motor nak jatuh…. Hahaha… lwak2…
Tapi apa2pun selamat k walaupun dada masih berdebar, kaki masih bergoyang…
Kena biasakan diri lagi… hehe…

Oklah kan baru smlm belajar aku dah tunggang..
Satu lagi sejarah lah dalam hidup juga lak kan…
Satu tepukan di bahu sendiri shabi… TAHNIAH…
Hahaha…
Klah satu plan masa cuti dah brjaya dilakukan…
Tahniah shabi sekali lagi… hehehe…


Saje nak letak scooter... comel kan... hehe

Klah xnak tulis pnjg… hehe…
Tu jer tuk kali ni…
Happy holiday everyone….

p/s: bercuti ngan berhemah yer semua… J

Thursday, January 17, 2013

Ika Nurika

NUR ATIKAH BINTI BAHARUDDIN (xpasti ejaan betul ke x tapi yg pasti bunyi dia mcm tu lah)

Siapa wanita? Girlfriend, yes she my girlfriend but not special coz she like my sister already...
Kenapa aku pos pasal dia? coz hari ni adalah hari terakhir aku bernafas udara yg sama di dalam tanah minden ni...
Dia sama batch ngan aku budak kom sejak dari first year...
Tapi dia kemasukan dari diploma so dia grad lebih awal dari aku...
Serius SUMPAH aku sedih dia nak tinggalkan aku kat usm tuk sem depan...

Kenapa? 
Coz dialah paling bnyk dgar aku nangis bila aku ada masalah...
Coz dialah org yg bnyk tahu rahsia aku...
Coz dialah kawan aku yg aku rasa aku paling percaya sejak masuk USM ni...

Kenapa?
1st. Coz dia sama umur ngan kakak aku... that y aku selesa
2nd. Dia giler2 mcm aku tapi disebalik diri dia yg giler, dia masih wanita yg tahu menjaga hati org lain walaupun hati dia dilukai
3rd. Dia seorang yg senang tuk diajak berkerja n untuk have fun...
Tapi terlalu bnyk untuk nyata alasannya...

Yg pasti aku masih ingat first meet kitorg masa kat perjumpaan semua budak kom...
Dia yg dtg kat aku dulu ngan salam perkenalan melalui CHOKI CHOKI...
Masa tu ada juga kak bunga, kak pah... then xsangka persahabatan aku ngan dia melekat smpai skung...
Aku tahu kekadang dia annoy ngan perangai aku yg over ni...
Tapi dia xpernah marah... dia terima aku seadanya...
Itu kawan yg aku cari selama ni...
Terima baik buruk aku...

Ika...
Walaupun ko dah hbis t...
Ko jgnlah lupa kami kat sini...
Serius kami akan rasa kehilangan ko bila kami naik sem t....
Selalunya kita akan kuar 5 org tapi sem depan akan jadi 4 org jer...
Aku pun dah xada tempat nak mengadu dah...
coz aku tahu ko mesti sibuk ngan kerja t kan...

Ika
Walaupun org lain xnmpk apa keistimewaan ko...
Tapi aku nmpk coz aku kawan ngan ko sejak dari 1st year lagi...
Mungkin xmenyeluruh tapi sekurang2 aku tahu ko lebih better dari apa yg dia ckp pada ko...
Hanya dia jer yg buta xtahu menilai diri ko sebenarnya...
Serius aku sedih dgar masa ko kena mcm 2...

Ika
Last things aku nak ckp pada ko...
Mungkin benda ni semua ni xbermadah
tapi ini ikhlas dari hati aku...
Kolah kawan terbaik aku... Kolah kakak yg terbaik aku seperti kakak yg kat umah 2...
Kolah pendengar masalah aku... Semuanya pada ko....

Aku nak minta maaf jika ada buat salah pada ko sepnjg perkenalah ni...
Tapi aku harap kita dapat jadi kawan selamanya walaupun kita dah bercucu ke bercicit t...

Lagu ni adalah cerita segala kenangan yg pernah kita hadapi bersama....


Memori tercipta...

Bergetar jiwa dipersada bercahaya
Pertemuan harapan pertama kalinya
Bergetar jiwa menghadapi mimpi-mimpi
Sukar dipercaya pintunya terbuka



Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin disini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada kulupa



Mengalun suara sesuri bisikan hati
Seiringan mencari haluan berseni
Bergetar jiwa menghadapi mimpi-mimpi
Tiada pun terduga pintunya terbuka



Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin di sini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada ku lupa



Yang terpahit jua termanis
Semuanya bagiku terindah
Kuingati buat selama-lamanya



Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin di sini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada kulupa



Mungkin di sini kita kan terpisah
Kenangan bersama (3x)
Mungkin disini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada kulupa

Monday, January 14, 2013

The Tower

Ok skung mengembang sayap pada bahagian Movie lak... haha..
Seblum ni aku ada komen pasal Twilight kan..
Kali ni aku nak memberi komen pasal satu filem korea yg aku bru tgok smlm...


Konsep citer dia ala2 Titanic... tapi dia bukan berlaku kat kapal tapi kat bangunan pencakar langit yang mempunya beratus2 tingkat...
Walaupun komposisi kamera dan audio dia kurang baik (mungkin sebab bnyk potong kot, wayang malaysia biasalah)
Tapi aku suka garapan citer dia... pelbagai perkara dapat dilihat terutamanya realiti kehidupan manusia...

Tema utama citer ni adalah PENGORBANAN... terlalu banyk sungguh nilai ni dapat aku tgok... malah ada pengorbanan dia smpai hmpir2 aku nak mengalirkan air mata... Tap antara pengorbanan yang membuatkan aku hampir mengalirkan air mata adalah...

1) Seorang ibu
Seorang ibu sanggup berkerja keras demi nak menyara kos pembelajaran anak lelaki dia... walaupun dia terpaksa membuat pelbagai kerja keras tapi niat dia satu jer, kerja untuk anak dia...
Babak menyedihkan...
Satu masa dia sambut New Year sorang2... Kedua masa dia minta tolong smpaikan yuran sekolah anak dia sedangkan masa 2 nyawa dia dalam keadaan bahaya... KASIH SEORANG IBU

2) Seorang ahli bomba
Atas tanggungjawab seorang ahli bomba, dia sanggup mengorbankan dirinya demi nak menyelamatkan mangsa2 yang masih terperangkap dalam bangunan tu... 
Babak menyedihkan ...
Masa dia hendak meletupkan dirinya dia smpat menyampaikan voicemail pada isterinya... sedih giler babak ni... serius babak ni menunjukkan bahawa tak bermakna seseorang itu diam dia xsyg kat kita... sedih... :-(

Aku xmampu mengambarkan citer ni ngan kata2 yg pnjg.. ko patut merasai n tonton citer ni...
Serius korg takkan menyesal.. kerana citer ni mampu menyedarkan korg pasal bnyk perkara...

LOVE THIS MOVIE...


Monday, December 31, 2012

Bye 2012 Part 2

Part 2 bersama Shabi... hehehe...

Akhirnya menjelang juga tahun 2013...
Setelah 2012 melabuhkan tirainya dgn sukses malam tadi...

2012 hanya tinggal kenangan kini...
Skung 2013 pula berada di hadapan...
Sedang menunggu dgn pelbagai perkara yg mungkin boleh dijangka dan perkara yg x boleh dijangka oleh kita...

Jom Kita Sambung Jom... hehehe

Julai 2012
Bulan ni adalah bulan penderaan dunia bagi aku...
Bila aku g internship selama 2 bulan kat Astro Awani...
Wah... Semua mcm wah shabi ko intern kat Astro?
Kau tak tahu ker minggu pertama jer aku dah gaduh...
Bila fikir balik pergaduhan tu mcm bodoh jer... haha

Isu pergaduhan: Nama aku shabi
Dia: Kau nak tahu x ada anak sedara aku ni, dia lelaki pastu...  (smbil melirik mata kat aku)
Aku: --- (diam)
Dia: dia suka giler dipanggil Baby... (Melirik lagi)
Aku: Awak ckp pasal saya ker?
Dia: Kau perasan naper?
Aku: Dah akak ckp pasal saya
Dia: Kau jgn nak kurang ajar eh...
Aku: Dah awak kurang ajar mcm mana saya tak kurang ajar
Dia: Kaulah intern paling kurang ajar pernah aku jumpa
Aku: Terima Kasih. Mmg saya kurang ajar pun.
Dia: Kau mmg kurang ajar eh.
UDAH DIAM2.... BUAT KERJA (Editor Bersuara)
Diam dua2... hahah

Kelakar bila fikir blik... haha

August 2012
Bulan kedua aku kat Astro Awani...
Keselesaan mula terasa...
Sgt seronok...

Masa ni lah aku kenal budak2 On Air coz diorg diserap masuk ke Astro Awani...
Hilal, Hana, Dahlia, Hans, Herleena n ramai lagi... hehe
Ni geng aku spnjg intern... rindu korg... hahaha


Hujung 2 Fara UUM (Bahan Hanjingan aku setiap hari... haha) Siha (Kamching kat News Desk) Karl (Korean sgat) Edd (sepupu Karl) n tukang amik gmbr adalah Afni...
Serius seronok ngan korg... hahah

xlupa gak smbutan Birthday aku ngan kakak bunga kat IKEA...
best ni...
Yuss, Kak bunga, Izham, Ika, Nina, Cas, Aku n Syahmi... Yg amik gmbr ni Aida... hehehehe..
Kwn always there when you need it...
Love korg... hehe...

September 2012
Back to USM...
Hrm... masuk jer Sem mcm biasa junior baru... haha...
Masa ni giler ngan Oppa Gangnam Style...
Apalgi aku xlepaskan peluang...
Masa mlm orientasi kom aku ngan budak aku pun amik kesempatan tu tuk menari lagu ni...
AWESOME K...
Lecturer kami semua suka.... haha..

ni gmbr kami... hheheh...

Meletup kami... hahah
Wan Nash meletup ngan cermin mata dia... hahaah....

Oktober 2012
Masa ni raya Haji...
Aku xblik... Xada hal berlaku...
Tapi mcm biasa kawan sentiasa berada di sisiku bila aku perlukan diorg...
Tanpa sahabat sapalah aku... :-)

Nilah muka2 yg xblik raya haji... haha

Lina, Lila, Eryn, Ammaw, Fura, Izham, aku n Ain....
Korg serius aku syg korg..
walau ada gaduh kecik tapi aku serius syg korg semua...
Friend Forever.. :-)

November 2012
Bulan Holiday bagi aku...
hahahaha...
Mana tak yeh... Awal bulan 2... mungkin awal bulan kot... xingat... haha...
Aku g kelantan...
Mcm biasalah ngan geng aku....
Untuk buat research mengenai kelantan katanya... hahah


yg tunjuk punggung tu nama dia ijoy, wan nash, ika, yanie (tuan rumah), solihah, zaleha, qamar, aku, yus, mag n cass...
Ni bukan hotel tau tapi ni rumah kak bunga a.k.a yanie...
besarkan rumah dia... malu nak masuk... hahah

then aku g lak Program Baktisiswa kat Pahang...
Seronok2 giler... dapat mandi air terjun, makan buah n mcm2 lagi...
Seronok ah... haha


ni sbhgian geng baktisiswa... hehe
Cik Kelantan, Ekin, Aisah, Naquiah, Ita, Aku, Sara n Kak Ayuni... heheh...
best program ni... hehhh...

Disember 2012
Bulan ni adalah bulan Hectic... mcm aku buat... hahaha...
First g kem kat Hydro Hotel...
Cuti lagi... hahah


Hujung tu Poi, Rauf, Hafiz, Ah Seng, Evelyn n aku lupa nama dia...
Aku yg baring n suew...
Hafiz, Suew n Evelyn junior bru aku..
Cntikkan gmbr duyung 2... hehe


Nilah Poi, Evelyn, Aku, Along, Abel n Hafiz...

Then aku join lak program Konsert Orkestra Istana Budaya sebagai penari pengiring...
Awesome wei... Istana Budaya kot... hahah

Hujung tuk Faiz, Detie, Koreagrafer Istana Budaya, Fisha, J, Aku n Vai...
Masa ni menari lagu Puteri Santubong n Sayang Kinabalu... hehe

Pada masa yg sama gak... aku ada production TV tuk subjek major aku...
Kenangan k... haha


Nilah geng2 aku... best ngan korg... hahah...

Last event of this year is teater Muzikal Mahabrata: Revisited...

Malas nak citer dah...
tgok gmbr jerlah.... hahahaha


best giler production ni.... hahaha
sebulan lebih k practice... n hasilnya kami mungkin menari sekali teater ni atas permintaan ramai...
hahahahaahhaahah
Best2... hehehehe

Nilah citer aku spnjg tahun 2012...
Kalau korg perasan...
Setiap event yg aku join pasti akan menemukan aku ngan org yg bru...
keadaan ni menunjukkan tak kira mana kita pergi kalu kita pandai bawa diri kita...
pasti ramai org akan menghampiri diri kita...
aku n kawan xleh dipisahkan kerana tanpa sahabat sapa aku kat dunia...
ramai lagi kawan yg aku mention nama diorg
ICAL, ZUL, SYAM, SHAM, ANIP, AYU, ULY, HAZWAN, N RAMAI LAGI LAH... 
kalu list smpai sok pun x hbiskan... hahhaa
Xlupa juga kawan aku sejak kecik...
MAK AYAH AKU...

so ni jerlah citer spnjg tahun 2012...
skung bersedia lak tuk tahun 2013

welcome 2013... :-)
lagu tema: Sahabat - Najwa Latif

Bye 2012 Part 1

Seblum masuk tahun 2013 ni...
Apa kata korg layan entry aku kali ni...
Rangkuman Diary 2012 Shabi... :-)

Sesi Q/A:
Soalan: Hrm... Apa yang anda buat sepnjg 2012?
Jawapan: Jawapan saya adalah too much.. hehe...

Januari 2012 
Ni bukan pasala kejayaan ker apa ker tapi mengenai kawan-kawan saya...


Yuss, Cassandra, Yanie, Ika dan Wan Nash...
Apa yg terjadi pada masa ni... kami prank birthday si hakak a.k.a si yuss...
Bagi korg mungkin benda ni tipikal tapi its about friendship... I love them...

Februari 2012
Hrm.. bulan ni adalah cuti semestar selama sebulan...
So aku n geng2 aku terpisah selama 1 bulan xjumpa...
Sepnjg tu rindu giler ngan diorg... 
Tapi lepas 2 jumpa blik mcm nak giler semua... haha

March 2012
Buat pertama kalinya, aku perform kat Dewan Tunku Syed Putra sempena Love Charity Concert...
Untuk Adwave 2012... akhirnya impian aku tuk menari kat DTSP tercapai juga... hahahah...
suka2.. hehehe..


Nilah geng menari aku... Hujung 2 aku, Mei Fung, Leona, Jia Ying... Belkg 2 Jennifer n Mei Fun geng kom aku... Miss this moment... haha... 
Kami menari lagu The Boys n Tell Me Ur Wish n Madonna... hehe


April 2012
Bila dah sekali menari kat DTSP 2... peluang tu dah mcm bukan ekslusif dah.. 
apabila sekali lagi aku menari kat DTSP...
Tapi kali ni tuk pertandingan.. Pertandingan apa?
Pertandingan Zapin uols... Zapin k... hahahah.. mampu? heheheh...


Nilah sebhagian geng zapin aku... hahha.. of kos hujung aku... Fizah (budak kluang), assif (another diva... hehe.), Adah (org terengganu yg menari zapin), datin aipong n shakif...

walaupun kami kalah... tapi kami dah buat yg terbaik...
berlatih 2 minggu jer... oklah walaupun ada yg silap step... REDHA JER.. haha

May 2012
Ok dah nak masuk separuh bulan 2012... Skung bulan 5...
Bulan 5 ni adalah bulan paling sibuk bagi aku....
Yelah aku sibuk ngan teater Production.. Malaysia 2.0: The Naked Truth 
Malah, aku juga sibuk ngan pertandingan Strip the Final Call aku...

Bulan ni aku sgat Hell... bila aku sibuk giler... 
Tapu aku gembira coz aku dah sukses show teater 2 hari kami...
nak kenal geng2 teater aku?
Jom usha gmbr di bawah... hehe


Geng Merah: Tak Ingat, Super Perasan (Nama FB dia), Cherry, n aku ingat lagi sorg ni... hehe...
Geng Kuning: Daniel (pak lawak... hahaha...) alamak lupa gak nama dia (Junior CG dulu), Gowri (Hot Settttuppp), Eryn (Pelakon terbaik USM)
Geng Hijau: Senior Lakonan (Terbaik) Faiz (Si Lincah), Intan (Junior Seni), Detie (Minah Latah), Aina (Pelakon Harapan Festival Teater Malaysia), Aisha (Geng dari first year) n Aku... hehe

Teater ni sgat sukses... hahaha.. bila pelbagai penonton dtg menonton persembahan kami ni.... heheh
suka2... haha

Ok skung aku nak citer pasal pertandingan STRIP : Final Call... 
Nilah partner aku.... nama dia Rozaida panggil Dada jer... hehe
Org dia pemalu sikit.... (Pemalu ker?) hahahah..

 BTW malam tu kami menang Anugerah Most Creative Performance kot...
Kalu betullah.. Happy hahahaha.... xsangka bakt aku dipadg... haha...
USM jer... haha

Jun 2012
Ok fine pertengahan tahun... 
Bulan 6... Apalagi kalu bukan minggu exam... Arghhh... Demam memdengarkan perkataan exam tu...
Tapi alhamdullilah semuanya berlaku dengan tenang tanpa ada kelewatan.. hahhaha
Then cuti semestar lah...

Ok done part 1...
Kita akan smbung part 2 jap lagi eh... 
TUNGGGU...

NEXT CHAPTER
Bye 2012 Part 2