..

Nothing in this is PERFECT

Saturday, March 1, 2014

MAWAR



Aku sekuntum mawar...

Aku sering dipuji oleh hidupan yang lain kerana keharuman diri ku.

Namun, aku tahu...

Tarikan aku terhadap hidupan yang lain bukan kerana kewangian ku tapi ia kerana kemanisan madu yang dimiliki oleh aku...

Terutamanya kepada si kumbang... 

Shit... Aku tidak percaya kepada si kumbang. Bagi aku, si kumbang adalah musuh utama kepada semua spesies aku.

Mereka mula hadir di samping hidup si bunga dengan niat untuk melindung si bunga. Tetapi disebalik niat itu terselit niat jahat mereka untuk menghisap segala madu yang dimiliki oleh spesies aku.

Memang benar bukan semua kumbang seperti itu tetapi kemungkinan untuk bertemu dengan kumbang yang benar-benar melindung si bunga seperti mencari jarum dalam jerami. Sangat rumit kaedahnya.

Namun, kecantikan rupaku yang tidak seperti bunga yang lain menyebabkan aku begitu mudah mengoda si kumbang untuk mendekati diri ku.

Tambahan lagi walaupun aku sekuntum mawar yang dipenuhi oleh duri tetapi si kumbang tidak pernah takut pada diri ku. Malah, mereka semakin berani mendekati diriku dan sering menjadikan aku sebagai sasaran utama mereka. Ini kerana mereka menganggap aku sebagai cabaran utama mereka. Bull shit semua itu.

Mereka fikir aku ni ingin sangat ker nak mendekati diri mereka yang hodoh itu... Euuwww... Mati hidup semula pun, aku tak hadaplah...

Tapi nak buat macam mana kan... Ramai manusia cakap iman manusia tu umpama senipis kulit bawang... Macam tu juga perasaan aku sebagai sekuntum bunga yang juga makhluk Allah S.W.T  ni... Berapa lama lah aku leh tahan daripada didekati oleh kumbang-kumbang ni.

Walaupun diri aku ni cantik... Tapi kekadang aku rasa hidup aku ini sunyi... Hanya menjadi perhiasan kepada manusia dan menjadi dahan tumpangan kepada kumbang gatal yang datang menyinggah dalam hidup ku untuk sesaat... Hidup ku sebagai sekuntum Mawar memang tiada maknanya.

Hakikatnya, aku memang ditakdirkan untuk hidup seorang...  Aku memang ingin dicintai dan mencintai mereka yang ingin mendekatiku tetapi aku takut.

Aku takut sekiranya mereka mencintaiku... Mereka akan terluka. Lumrah hidupku sekuntum bunga yang pada mulanya memang harum dan merah warnanya tetapi musim yang bertukar merupakan kitaran hidupku...

Pada musim bunga, aku dibanggakan oleh manusia dan kumbang kerana diriku yang cantik dan harum. Aku pun bangga dengan keadaan ku pada musim bunga namun musim berganti kepada musim luruh merupakan musim kitaran penghujung hidupku, diriku mula memburuk...

Tiada lagi haruman wangi...

Tiada lagi merah warnanya...

Pada musim luruh, diriku umpama bunga kertas yang tiada haruman...

Kelopak ku kian gugur satu persatu sehingga diriku menjadi botak...

Daun yang menjadi tangan ku selama ni turut gugur menyembah bumi.

Batang ku yang selama ini menjadi tulang belakang ku semakin lama semakin lemah sehingga ku semakin hari semakin menyembah bumi. Pada penghujung musim luruh... Diriku mula menyembah bumi tidak bernyawa... 

Manusia hanya mengutipku lalu dibuang ke dalam tong sampah... Namun itu dikira baik kerana tidak semua mawar beruntung seperti itu... Setelah gugur menyembah bumi, sesetengah dari kami hanya dipijak oleh manusia...

Ini kerana pada musim luruh, kami umpama sampah dimata mereka. Kami tidak lagi dipuja. Kumbang pun tidak ingin mendekati kami. Kami dipandang jijik oleh mereka.

Memang benarlah kata Penciptaku... Bahawa kecantikan fizikal yang dimiliki oleh aku sekarang tidak kekal abadi kerana tiba waktunya kecantikan ku ini akan ditarik semula. Aku memang tidak patut egois akan kecantikan ku itu kerana hidupku hanya sementara dan kini tiba masanya aku kembali kepada penciptaku.
Itu lah kitaran Mawar Berduri yang hanya dipuja pada musim bunga dan disingkirkan pada musim luruh...

Tiada benda yang kekal abadi kecuali iman kepada-Nya.

No comments:

Post a Comment