..

Nothing in this is PERFECT

Sunday, June 16, 2013

WHAT WE NEED IS RESEARCH!!

Sejak beberapa hari ni.. aku sering pergi ke pawagam untuk menonton wayang...
Sepanjang aku pergi menonton tu... aku perasan akan kelemahan filem kita sendiri...

Kelemahan yang aku nampak pada filem tempatan...

1. Budaya pinggiran macam mat rempit, minah bonceng dan sebagainya sering dipaparkan... 
Aku mula terfikir adakah itu budaya negara kita? Malaysia bukan sebuah negara yang mengalakkan masyarakat dia untuk menjadi mat rempit, gangster dan sebagainya. Tapi kenapa cerita mcm tu juga yang ditonjolkan?

2. Kuantiti dan lambakan filem tempatan makin banyak... itu perkembangan yang baik tapi adakah anda semua sedar? kita sebagai penonton bukan nak menonton semua filem tu tapi kita akan memilih mana satu filem yang berkualiti untuk ditonton...so in easy word... kita nak kualiti bukan kuantiti... hrmmm...

3. Dan paling besar yang aku nampak kelemahan pada filem Malaysia adalah filem Malaysia kurang kajian dan kurang ilmu... ia sering menonjolkan aspek hiburan tapi aspek pengetahuan tidak diselitkan langsung... adakah mereka tahu bahawa medium filem dan sebagainya yang dipaparkan oleh media ini merupakan mediun untuk menyebarkan pengetahuan juga?

Maaflah sekiranya penulisan aku kali agar mcm karangan...
tapi inilah fakta kelemahan industri perfileman Malaysia.

Kenapa sesebuah filem memerlukan kajian?
Filem yang terhasil daripada kajian akan memberikan satu jalan cerita yang baik, padat dan bermutu...

contohnya mcm filem 9-9-81...
sebuah cerita seram daripada Thailand... cerita dia simple dia... pasal kematian seorang wanita yang melibatkan 9 orang yang ada kaitan ngan perempuan tu... tapi yang menarik minat aku pada cerita ni adalah pengetahuan yang diselitkan dalam cerita ni apabila satu budaya baru Thailand ditonjolkan...


Contoh mcm babak kat bawah ni... inilah budaya yang diamalkan oleh masyarakat Thai sekiranya pengantin perempuan mati sebelum hari perkahwinan... satu upacara akan dijalankan untuk menunaikan pengantin perempuan tu... its knowledge...

selain tu mcm cerita After Earth...
sebuah cerita sains fiksyen yang memberikan aku begitu banyak nilai dalam kehidupan...


Lakonan hebat anak beranak Smith mampu memberikan kesedaran kepada kita... bahawa ketakutan adalah imaginasi kita... kita mampu mengubahnya... malah, seorang anak haruslah berdikari bukan terlalu bergantung dengan family mereka sahaja... walaupun cerita dia berbentuk sains tapi isi cerita dia masih berkaitan dengan kita sebagai manusia biasa... 

Begitu banyak perbezaan antara filem tempatan dengan filem luar negara...
aku harap satu hari nanti zaman kegemilangan filem tempatan pasti akan tiba...
Pontianak Harum Sundal Malam, Hikayat Merong Mahawangsa, Puteri Gunung Ledang, SAM, Sepet, Zombie Kampung Pisang, Hantu Kak Limah Balik Rumah dan sebagainya adalah cerita yang mengagumkan dengan mesej yang disampaikan dan jalan cerita yang baik...
 cuma satu jer... maksimumkan bakat yang berkualiti bukan bakat yang hanya tangkap muat sahaja...

p/s: harap satu hari nanti filem psiko Malaysia dapat dihasilkan oleh aku... hehe...

2 comments: